Penangan makanan India, terus 'food coma'! Tak perlu bantuan magnesium untuk tidur
SELEPAS menikmati hidangan berat dan mengenyangkan, mata mula mengantuk dan badan seolah-olah meminta untuk berehat.
Seorang individu turut berkongsi mengenai situasi ini di Threads dan lantas mencuri perhatian netizen.
Dia berpandangan, makanan atau masakan masyarakat India lebih berkesan daripada magnesium untuk membuatkan seseorang tidur lena sehingga 12 jam.
“Indian food lagi power dari magnesium. Saya tidur 12 jam,” tulisnya dalam satu hantaran yang mengundang pelbagai reaksi warga maya.

Menerusi hantaran seterusnya, individu berkenaan turut berkongsi gambar makanan dipercayai dinikmatinya sebelum mengalami rasa mengantuk.
“Ini punca bangun 11 pagi tadi,” tulisnya sambil mengaitkan hidangan tersebut dengan tempoh tidurnya yang panjang.
Perkongsian ini mengundang pelbagai komen netizen yang turut berkongsi pengalaman mengantuk selepas menikmati hidangan masyarakat India, termasuk nasi kandar dan hidangan berasaskan nasi atau roti bersama kuah kari.
MENARIK DIBACA: Kecoh jualan ayam tak halal, wanita kongsi pesanan rakan pegawai Jais
MENARIK DIBACA: UiTM, PKPS gilap bakat keusahawanan mahasiswa menerusi Dapur Ehsan
“You guys have issues sleeping, just get yourself a plate of ven pongal with sambar and chutney. Confirm tidur nyenyak," kata seorang netizen.
Ven pongal adalah hidangan tradisional India Selatan diperbuat daripada campuran beras dan kacang lentil kuning yang dimasak sehingga lembut dan kental seperti bubur, kemudian disiram dengan rempah dan minyak ghee.
Sambar pula adalah kuah sayur yang kaya rasa dan pedas, manakala chutney pula adalah sos atau rempah khas dari India dibuat dari campuran buah-buahan, sayuran serta tambahan rasa asam atau cuka.

“Saya makan magnesium sejam baru dapat tidur. Makan nasi kandar tengah hari, pukul 6 dah lelap, baru terjaga.
“Apakah sains di sebalik ini? Sedap mimpi lepas pekena nasi kandar.
"Sebab tu lunch kalau boleh nak elakkan makan kedai mamak.
"Ini real, sekali makan food coma terus tersandar sampai petang," antara komen netizen.
Mengantuk selepas makan sebenarnya boleh dipengaruhi beberapa faktor, termasuk saiz hidangan, kandungan karbohidrat dan lemak serta perubahan semula jadi tahap kewaspadaan badan.
Hidangan yang banyak juga boleh menyebabkan seseorang berasa lesu selepas makan, yang mana keadaan ini sering disebut sebagai 'food coma'.
