info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Momen

Beli barang harian di foodpanda diskaun sehingga 50 peratus! Mudah dan menjimatkan

Lead Image

FOODPANDA memperkenalkan kempen 'Pau-Pau Recommendation' yang menawarkan diskaun sehingga 50 peratus bagi produk terpilih sebagai usaha membantu rakyat Malaysia menjimatkan perbelanjaan barangan harian ketika berdepan peningkatan kos sara hidup.

Inisiatif ini turut memberi peluang kepada pengguna mendapatkan pelbagai barangan keperluan pada harga lebih berpatutan menerusi tawaran penjimatan yang mudah diakses dan berbaloi.

Kempen yang berlangsung dari 1 November hingga 31 Disember 2026 ini menawarkan potongan harga bagi barangan keperluan seperti mi, susu, produk penjagaan diri dan barangan dapur daripada jenama terpilih termasuk Nestlé, Unilever, F&N dan Goodday.

Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Kenneth Soh berkata pihaknya memahami keperluan rakyat Malaysia untuk mengurus perbelanjaan dengan lebih baik khususnya menjelang musim perayaan dan cuti sekolah akhir tahun.

Pelbagai barangan keperluan harian ditawarkan pada harga lebih jimat.

"Barangan keperluan harian merupakan sebahagian daripada perbelanjaan tetap setiap isi rumah.

"Kami percaya kemudahan perlu seiring dengan harga berpatutan supaya keluarga dapat berjimat untuk membeli barangan diperlukan di samping mempunyai lebihan wang untuk menikmati perkara mereka gemari.

"Daripada memperkenalkan insentif Rahmah pandapro pada Oktober hinggalah melancarkan Pau-Pau Recommendation dari 1 November hingga 31 Disember, kami terus komited mencari lebih banyak cara untuk menawarkan penjimatan bermakna dan nilai tambah dalam kehidupan harian rakyat Malaysia," katanya.

Menerusi kempen ini, semua pengguna pandamart berpeluang menikmati diskaun sehingga 50 peratus bagi produk terpilih sepanjang tempoh promosi.

Pembelian juga boleh dihantar terus ke depan pintu kediaman agar memudahkan pelanggan mendapatkan barangan keperluan tanpa perlu keluar rumah.

MENARIK DIBACA: Gardenia sahkan produk patuhi piawaian keselamatan makanan

MENARIK DIBACA:Sagu mangga isi melimpah, rasa manis berlemak... Setiap suapan cukup nikmat

Sementara itu, ahli pandapro pula boleh menikmati tawaran eksklusif dengan potongan harga sehingga 50 peratus bagi barangan keperluan mingguan daripada jenama terpilih termasuk Nestlé, Unilever, Mamee, Munchy’s, Naturel dan Farm Fresh.

Selain pandamart, kempen ini turut melibatkan peruncit seperti AEON BiG, HeroMarket dan Village Grocer, sekali gus memberikan lebih banyak pilihan kepada pelanggan untuk mendapatkan barangan keperluan pada harga lebih berpatutan.

Pelanggan boleh melihat dan mendapatkan tawaran Pau-Pau Recommendation menerusi aplikasi foodpanda.

Kadar diskaun, produk yang layak dan ketersediaan tawaran pula mungkin berbeza mengikut jenama, kedai yang mengambil bahagian serta tempoh kempen.

 

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube, Threads dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Rangup, penuh telur! Ikan shisamo buat ramai terliur, tak sabar nak cuba

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Dapur penuh stok bahan masak rupanya idaman mak-mak, ramai mengaku ada 'kedai runcit' di rumah

Terhangat