info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Cara mudah hasilkan telur separuh masak 'cantik kejadian' ala kopitiam, bawah 10 minit siap!

Lead Image

MENGHASILKAN telur separuh masak yang sempurna sememangnya menjadi idaman penggemar sarapan ala kopitiam.

Bagaimanapun tidak semua orang berjaya mendapatkan hasil yang diinginkan. 

Ada kalanya telur menjadi terlalu cair, terlebih masak atau teksturnya tidak sesempurna seperti yang dihidangkan kedai makan.

Pemilik akaun di Threads, Syahril Kadir mencuri perhatian ramai selepas berkongsi kaedah mudah untuk mendapatkan hasil telur separuh masak yang dikatakan 'menjadi'.

Menurutnya, hanya beberapa langkah mudah diperlukan.

"Setiap pagi macam biasa panaskan air dalam periuk sehingga menggelegak. Selepas itu tutup api masukkan telur dan biarkan tanpa menutup periuk.

"Setkan pemasa selama tujuh minit kemudian telur sudah siap untuk dihidangkan. Tambahkan kicap dan sedikit lada putih memang sedap macam di kopitiam," tulisnya.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen yang turut berkongsi pengalaman masing-masing selepas mencuba petua berkenaan.

Kaedah yang dikongsikan dikatakan berkesan dengan hasil telur separuh masak ala kopitiam.

Seorang warganet mendakwa dia berjaya memperoleh hasil yang sama seperti telur separuh masak di kopitiam setelah mengikut langkah yang dikongsikan.

"Saya dah cuba betullah menjadi macam kat kopitiam. Terima kasih orang baik kongsikan ilmu dan juga kepada lelaki Cina tu," komen salah seorang netizen.

Selain itu, ada juga yang berkongsi kaedah alternatif menggunakan penggoreng udara (air fryer).

MENARIK DIBACA: Hidang bufet dalam sungai nampak 'cool', ramai juga risau risiko kesihatan

MENARIK DIBACA: Kerajaan diminta kaji cadangan restoran beri air kosong percuma, galak rakyat amal pemakanan sihat

"Saya guna 'air fryer' je lagi mudah, terus masuk dalam tu dan set suhu 150 darjah celsius kemudian set masa 10 minit, jadi 'cun-cun'," kongsinya.

Dalam pada itu, seorang lagi warganet berkongsi satu lagi kaedah berbeza iaitu merendam telur di dalam air yang baru mendidih selama kira-kira lima minit dalam keadaan bekas ditutup.

"Terima kasih ilmu, saya kalau semangkuk normal ada dua hingga tiga biji telur.

"Penuhkan dengan air baru lepas mendidih cukup sampai paras telur. Tutup dan tunggu dalam lima minit dapat hasil sama!," kongsinya.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Cara buat sendiri serbuk kunyit, makanan lebih enak, segar... Beza dengan beli di kedai!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Baru guna sikit dah kena buang! Ini cara simpan baki santan, mampu tahan berbulan-bulan

Terhangat