Cara buat sendiri serbuk kunyit, makanan lebih enak, segar... Beza dengan beli di kedai!
SIAPA sangka kunyit yang ditanam di dalam pasu mampu dijadikan stok serbuk kunyit homemade yang harum dan membangkit selera.
Perkongsian seorang wanita di Threads mengenai cara ibunya menghasilkan serbuk kunyit sendiri menerusi proses pengeringan dan pengisaran menarik perhatian ramai termasuklah mereka yang pernah melihat amalan tradisional itu.
Menerusi perkongsiannya, individu berkenaan memuat naik gambar serta video menunjukkan proses menghasilkan serbuk kunyit secara tradisional di rumah.
Menurutnya, idea itu tercetus selepas ibunya menuai kunyit yang ditanam di dalam pasu di halaman rumah.
"Mak aku di pagi hari buat serbuk kunyit sendiri.
"Kebetulan hari itu mak punggah (memindahkan) pasu kunyit. 'Meriah' betul isi kunyitnya. Itu yang buat serbuk kunyit sebab 'terlajak' banyak," tulisnya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warganet yang turut teruja untuk mencuba menghasilkan serbuk kunyit sendiri seperti yang diamalkan oleh generasi terdahulu.

"Aduhai, rugi tak buat begini. Hari itu kunyit dekat kebun abah banyak, akhirnya dibiarkan kering sampai kecut sebab tak termakan.
"Saya pernah buat untuk tambah bahan dapur. Kebetulan kami memang bertani, tanam sayur dan macam-macam lagi. Tak sangka pula dah jadi bisnes kecil-kecilan, bolehlah untuk tambah duit simpanan suami isteri.
"Dulu mak mentua kami pun buat begini. Jual di kedai runcitnya, terus bungkus guna surat khabar. Yang kasar itu simpan untuk tumisan asam pedas, kari atau tumbuk buat pes rendang. Memang rasa segar dan wangi," kongsi netizen.
MENARIK DIBACA: Penjelasan punca kejadian isi ayam bertukar hijau... Nampak geli tapi boleh dimakan!
MENARIK DIBACA: Penjelasan punca kejadian isi ayam bertukar hijau... Nampak geli tapi boleh dimakan!
Sebahagian warganet berpendapat, serbuk kunyit buatan sendiri lebih harum serta menyelerakan apabila digunakan dalam masakan dan prosesnya tidaklah semudah disangka.
"Sedap bau bila goreng ikan atau ayam guna serbuk kunyit yang buat sendiri. Saya pernah buat juga cuma memang agak renyah.
"Pernah cuba buat tapi bukan senang, kena basuh, jemur kemudian tumbuk. Guna pengisar pun tak begitu menjadi. Lepas tumbuk kena tapis barulah jadi serbuk kunyit.
"Baru tahu boleh buat sendiri. Selama ini saya simpan kunyit hidup dalam peti sejuk beku. Kalau rajin, saya kisar sekali dengan cili untuk masak lemak cili," komen warganet lagi.