info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
featured_seasonal_and_gifts 0
hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

KUALI | Tip & Trik

Baru guna sikit dah kena buang! Ini cara simpan baki santan, mampu tahan berbulan-bulan

Lead Image

SANTAN menjadi antara bahan masakan utama dalam menu harian masyarakat tempatan seperti gulai, rendang, kari dan aneka kuih.

Bagaimanapun masalah biasa yang sering dihadapi adalah lebihan santan cepat rosak jika disimpan lama dalam peti sejuk.

Pelbagai petua dan tip penyimpanan dikongsi di media sosial agar bahan penting ini tidak berakhir di dalam tong sampah, dengan terbaharu perkongsian Norida Abdul Rashid di Threads mencuri tumpuan.

Menurut wanita itu, cara mudah menggunakan plastik aiskrim boleh membuatkan lebihan santan tahan lebih lama tanpa menjejaskan kualitinya.

Ada cara simpan santan kotak agar tahan lama.

"Tip tidak membazir. Santan kadang-kadang beli kotak besar, guna tak banyak mana, kemudian simpan lama di bahagian chiller, cepat masam.

"Masukkan dalam plastik aiskrim dan bekukan. Nanti masak gulai, masukkan sebatang. 

"Jangan masuk dengan plastik pula. Setakat ni berbulan simpan pun masih elok," kongsinya, ringkas.

MENARIK DIBACA: Titik terendah pelanggan! Lepas 'mengemis' duit ibu nak beli nasi, rider letak pesanan di tong sampah

MENARIK DIBACA: Cara mudah simpan cili, sayur agar kekal segar... Lebih sebulan masih masih elok

Petua dikongsikan itu ternyata mendapat sambutan positif daripada warga maya yang mengakui idea menggunakan plastik aiskrim sangat praktikal kerana saiznya sesuai untuk kegunaan sekali masak.

"Brilliant! Saya bekukan juga kalau ada lebih, tapi beli kotak kecil sahaja," tulis seorang netizen.

Komen warganet.

"Such an idea! Rumah saya ada banyak plastik ais krim. Akhirnya boleh pakai.

"Bijak! Tapi saya simpan ziplock je. Buat setiap beg 200ml untuk sekali masak," antara komen netizen.

Ada juga warganet yang mengaku selama ini tidak mengamalkan sebarang tip atau petua menyimpan santan justeru sangat berterima kasih dengan perkongsian ini.

"Thank you share idea ni. Selalu terpaksa buang lebihan dalam kotak santan sebab simpan dalam peti lama jadi tak elok. Sukanya idea ni," ujarnya.

Perkongsian ringkas itu membuktikan bahawa tip dapur yang mudah dan praktikal mampu membantu ramai individu mengurangkan pembaziran makanan selain menjimatkan perbelanjaan.

 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Cara mudah hasilkan telur separuh masak 'cantik kejadian' ala kopitiam, bawah 10 minit siap!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Petani di luar negara gantung beg plastik lutsinar, cara bajet elak lalat hurung buah

Terhangat