Teknik berkesan panaskan lebihan piza! Doh kekal lembut, keju tak hangus
BAKI piza yang dibiarkan semalaman akan menjadi sedikit liat meskipun masih selamat untuk dimakan.
Ada yang memilih untuk memanaskannya menggunakan microwave atau air fryer.
Tapi, hasil selepas dipanaskan kadangkala membuatkan tekstur piza menjadi keras.

Menurut perkongsian seorang pengguna media sosial dikenali sebagai Iylia Samsudin, ada cara lebih mudah untuk memanaskan semula piza tanpa mengubah teksturnya.
“Saya dah jumpa tips nak 'reheat' piza bagi gebu, tak liat dan keras.
"Sebelum ni masukkan dalam 'air fryer' tapi mesti rasa tak best liat and keras,” tulisnya menerusi laman Threads.
Menariknya, cara ini juga membantu mencairkan keju supaya lebih meleleh dan mudah ditarik tanpa membuatkannya cepat hangus.
MENARIK DIBACA: Ketahui sejarah, keistimewaan piza Neapolitan! Dulu makanan orang miskin, kini bertaraf dunia
MENARIK DIBACA: Piza kaviar harga lebih RM200 sepotong, dibuat guna doh Itali usia 60 tahun
Berikut tip yang dikongsikan:
- Panaskan 'pan' terlebih dahulu, kemudian letakkan kepingan piza di atasnya.
- Renjiskan sedikit air di dalam 'pan', bukan terus pada piza. Air tersebut akan menghasilkan wap untuk membantu memanaskan piza.
- Tutup 'pan' supaya wap terkumpul dan biarkan piza dipanaskan seketika.
- Selepas keju mencair dan piza sudah cukup panas, angkat dan boleh terus dinikmati.