KUALI | Video
Rasa macam dekat Indonesia, inilah ‘port’ Sate Padang sedap di tengah KL
SIAPA sangka di tengah-tengah hiruk-pikuk Kuala Lumpur, tersembunyi satu port makan yang mampu bawa lidah kita ‘terbang’ terus ke Sumatera Barat?
Begitulah pengalaman merasai sendiri hidangan Sate Padang yang cukup popular di Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Berbeza dengan sate biasa yang kita kenal, Sate Padang istimewa kerana menggunakan kuah kuning pekat yang diperbuat daripada campuran rempah ratus.
Dagingnya pula lembut dan juicy, memang terasa perapan rempah yang meresap ke dalam. Ditambah lagi dengan lontong dan sedikit bawang goreng rangup, kombinasi dia memang ‘kaw’!
Untuk video penuh tonton di YouTube Kuali.