KUALI | Video

Steak ‘juicy’, makanan laut segar! Datang sini kalau nak hidangan barat berpatutan

KALAU anda penggemar steak dan seafood, lokasi makan menarik di Bandar Kinrara, Puchong ini wajib masuk dalam senarai ‘food hunting’ seterusnya!

Yop’s Steak & Seafood bukan sekadar restoran biasa. Ia menawarkan pelbagai pilihan menu berkonsep premium dengan harga berpatutan standing dengan portion dan rasa disediakan.

Steak yang diperap enak dimasak mengikut citarasa pelanggan, serta disajikan sos 'homemade' khas sebagai pelengkap hidangan. 

Setiap suapan umpama satu pengalaman makan yang memuaskan dan penuh kenikmatan.

Bukan itu sahaja, peminat makanan laut tidak boleh melepaskan peluang merasai menu lobster yang dimasaka penuh teliti bagi mengekalkan rasa asli dan kesegarannya.

Untuk video penuh tonton di YouTube Kuali.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok dan Facebook

Video Popular