KUALI | Video

Crofa dan black croissant di Sogno Coffee menggoda selera

BUAT pencinta pastri, Sogno Coffee lokasi yang mampu menggoda selera dengan pelbagai pilihan unik dan menyelerakan.

Aroma pastri yang masuk ke hidung sudah cukup membuatkan pelanggan tertanya-tanya dan singgah ke kafenya.

Menariknya, di Sogno Coffee yang terletak di Ampang Jaya, Selangor terdapat pelbagai pastri viral selain kreatif dan unik yang pasti menarik perhatian.

Pastri berbentuk sofa yang sedang viral iaitu crofa antara menu wajib dicuba.

Bukan itu sahaja, jangan lepaskan peluang merasai menu black croissant berperisa nutella lava yang pasti dapat memuaskan ‘craving’ manisan.

Lokasi: Sogno Coffee Ground Floor, & Mezzanine, 58-G & 58-M, Jln Memanda 9, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang Jaya, Selangor

Waktu operasi: (Setiap hari) 8 pagi hingga 1 pagi

Tonton video penuh di YouTube Kuali.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok dan Facebook

Video Popular