KUALI | Nutrisi

Dah makan pun tiba-tiba rasa nak marah? Rupanya 5 makanan ini penyebab emosi berubah

Lead Image

PERNAH tak rasa tiba-tiba emosi tak menentu, mudah naik angin atau cepat marah tanpa sebab?

Sebenarnya, apa yang kita makan setiap hari memainkan peranan besar dalam mempengaruhi mood serta tahap kestabilan emosi.

Walaupun makanan itu sedap, ada sesetengahnya boleh memberi kesan sebaliknya kepada kesihatan mental.

Menurut portal Times of India, berikut antara makanan yang boleh mencetuskan rasa cepat marah dan sebab anda patut kawal pengambilannya:

Badan biasanya mengalami penurunan drastik selepas mengambil makanan diproses.

1. Makanan diproses dan makanan manis

Makanan segera dan snek manis mungkin memberikan tenaga segera, tetapi kesannya hanya sementara.

Selepas lonjakan tenaga, badan baisanya mengalamani penurunan drastik yang menyebabkan perubahan mood.

Kandungan gula yang tinggi dalam makanan menyebabkan gula dalam darah berubah-ubah sehingga mencetuskan ketidakstabilan emosi. 

Kafein boleh menggangu corak tidur sehingga memberi kesan kepada kestabilan emosi.

2. Kafein berlebihan

Terlebih pengambilan kafein boleh menyebabkan keresahan, kebimbangan dan kerengsaan.

Bukan itu sahaja, kafein boleh menggangu corak tidur sehingga memberi kesan kepada tahap tekanan dan mencetuskan ketidakstabilan emosi.

Untuk mengurangkan kesan sampingan, hadkan pengambilan kafein anda dan sesekali pilih teh herba atau kopi tanpa kafein.

Lemak trans boleh mencetuskan keradangan yang menjejaskan fungis otak.

3. Makanan berlemak

Makanan tinggi lemak trans atau lemak tepu seperti bergoreng dan segera memberi kesan buruk kepada fizikal dan mental.

MENARIK DIBACA: Boleh dibuat minuman atau mandian, air rebusan daun pandan dan serai bantu masalah bau badan

MENARIK DIBACA : Murah dan mesra alam, halau lalat dengan air rendaman kulit pisang

Jenis lemak ini boleh mencetuskan keradangan yang menjejaskan fungsi otak sehingga membawa kepada perubahan mood.

Kandungan garam yang tinggi menyebabkan dehidrasi.

4. Snek tinggi garam

Snek masin seperti keropok memang lazat dimakan tetapi kandungan garam tinggi menyebabkan dehidrasi yang boleh menjejaskan tekanan darah dan mood.

Pilih buah-buahan segar atau kekacang sebagai alternatif untuk menyokong badan yang cergas serta mood yang stabil.

Bijirin manis hanya memberikan tenaga untuk jangka masa pendek.

5. Menu bijirin untuk sarapan pagi

Bijirin tinggi gula biasanya memberikan tenaga segera pada waktu pagi untuk jangka masa yang pendek.

Ini kerana paras gula dalam darah akan turun mendadak sehingga membuatkan badan terasa lemah, mudah marah dan sukar menumpukan perhatian.

Pilih bijirin penuh yang rendah gula atau ditambah denga protein tambahan untuk beri tenaga lebih tahan lama.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Bimbang anak kerap lapar? Boleh pilih 7 snek berkhasiat ini untuk si cilik

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Boleh dibuat minuman atau mandian, air rebusan daun pandan dan serai bantu masalah bau badan

Terhangat