Bimbang anak kerap lapar? Boleh pilih 7 snek berkhasiat ini untuk si cilik
KEBANYAKKAN ibu bapa seboleh-bolehnya bergantung kepada snek seperti biskut, roti dan kek bagi mengurangkan rasa lapar anak mereka sebelum waktu makan seterusnya.
Jadi, tidak hairan kanak-kanak kerap lapar walaupun selepas makan.
Tujuan pemberian snek sepatutnya membantu mengurangkan kelaparan berlebihan dan memberikan tenaga tambahan sangat diperlukan kanak-kanak aktif di antara waktu makan utama.

Menggunakan bahan semula jadi seperti buah-buahan dan sayur-sayuran boleh menjadi hidangan sesuai ketika siang untuk kanak-kanak.
Ibu bapa boleh ikuti tujuh langkah ini jika ingin menyediakan snek berkhasiat untuk anak-anak dan paling penting pilih makanan ringan penuh dengan zat berkhasiat semula jadi dan bukan tiruan.

1. Buah-buahan warna ceria
Kedengaran murah, sediakan saja buah-buahan segar dipotong sejuk untuk anak-anak mengikut kesesuaian usia.
Anak-anak sebenarnya mudah bosan dengan makanan sama dihidangkan kepada mereka.
atau kartun kegemaran anak.
Buah-buahan boleh disediakan berpasangan dengan makanan lain seperti anggur tinggi antioksidan dan keju mengandungi kalsium baik untuk perkembangan tulang serta gigi.
Boleh juga gabungkan epal tinggi dengan serat dan vitamin C membantu menyokong pencernaan serta perkembangan otak bersama mentega kacang turut menjadi sumber tenaga buat si comel.

2. Buah-buahan kering enak
Buah-buahan kering juga boleh dijadikan snek berkhasiat kerana buah-buahan ini turut diperkaya dengan sumber vitamin dan protein.
Ia juga dapat membantu meningkatkan sistem imun badan dan mencegah penyakit seperti diabetes dan kolestrol tinggi.
MENARIK DIBACA: Boleh dibuat minuman atau mandian, air rebusan daun pandan dan serai bantu masalah bau badan
MENARIK DIBACA : Murah dan mesra alam, halau lalat dengan air rendaman kulit pisang
Kebanyakan buah kering kaya dengan mineral, protein, serat dan vitamin, dan tak dinafikan ia enak dimakan.
Buah kering seperti kismis dan kranberi adalah klasik dan lembut, selain itu boleh juga berikan anak kepingan buah kering seperti oren dan nenas.

3. Sayur-sayuran kaya nutrisi
Banyak sayuran tak perlu dimasak boleh dijadikan sebagai snek berkhasiat untuk kanak-kanak.
Contohnya lobak merah kaya dengan pelbagai nutrien penting untuk anak termasuk beta karotena, vitamin C dan kalsium membantu meningkatkan kesihatan penglihatan dan kulit.
Saderi juga boleh dihidangkan kepada bayi sebagai puree atau dimakan mentah dan dimasak sebagai ulam untuk kanak-kanak lebih besar.
Snek seperti timun juga rendah kalori dan sihat membantu mengawal berat badan anak. Ia juga sesuai dinikmati bersama tomato ceri dengan rasa manis masam.
Untuk menambah perisa, boleh juga gandingkan sayur-sayuran ini dengan sos mustard atau mayonis.
Jika anak menolak pada mulanya, jangan paksa tapi cuba sedia dengan cara lebih kreatif.

4. Sanwic protein
Kebanyakan kanak-kanak memang suka makan roti, tapi menu ini selalu dimakan dengan makanan ringan tidak berkhasiat lain atau tinggi gula.
Protein membantu kanak-kanak membesar dan boleh membuat mereka kenyang lebih lama selepas waktu makan.
Cuba gantikan roti putih dengan roti gandum penuh dan tambahkan inti berunsur protein seperti keju, telur, ayam panggan atau tina tiada campuran gula dan garam.
Boleh juga hiasi sanwic menjadi bentuk lucu atau gunakan pemanis semula jadi seperti buah untuk menjadikan makanan ringan ini lebih menarik.

5. Smoothie menyegarkan
Ibu bapa jangan samakan smoothie dengan jus buah-buahan!
Jus buah-buahan selalunya merangkumi campuran air dan buah-buahan dikisar atau diperah.
Smoothie pula diperbuat daripada beberapa bahan mengenyangkan termasuk buah-buahan, susu, yogurt, bijian berkhasiat seperti chia seed dan dikisar.
Gabungan buah-buahan seperti pisang, epal atau beri, sayuran seperti bayam bersama sumber protein dan serat seperti yogurt penuh krim, susu, oat membantu menambah tenaga kanak-kanak.

6. Mufin berkhasiat
Bila sebut saja tentang kek dan mufin, ibu bapa tentu rasa ia tak berkhasiat kerana mengandungi gula tinggi.
Gantikan penggunaan gula dengan bahan semula jadi seperti madu,sirap mapel dan banyak lagi pilihan berkhasiat lain boleh didapati di pasaran.
Ada banyak resipi ringkas muffin menggunakan bahan-bahan berkhasiat seperti tepung oats, epal, madu dan serbuk kayu manis sebagai bahan utama.

7. 'Home made' kentang goreng dan nuget
Kentang mengandungi pelbagai nutrisi sesuai untuk kanak-kanak termasuk karbohidrat membekalkan sumber tenaga, vitamin C untuk sistem imun serta kalium dan fosforus membantu perkembangan otot, saraf serta tulang.
Selain itu, ibu bapa boleh buat sendiri nuget kaya dengan kandungan gizi untuk anak dengan mencampurkan dada ayam cincang bersama kentang rebus ditumbuk lumat.
Tambah sayur kisar halus seperti lobak merah dan telur.
Makanan ringan ini boleh disediakan dengan kaedah bebas minyak seperti membakar dalam ketuhar atau menggunakan pemanggang udara.