Daun betik muda dan air limau bahan semula jadi cegah masalah batu karang
BATU karang adalah masalah kesihatan sering dialami oleh ramai individu terutamanya mereka yang kurang menjaga pemakanan dan gaya hidup.
Selain rawatan perubatan moden, masyarakat setempat juga mempunyai pelbagai petua dan cara makan tradisional yang dipercayai dapat membantu mengurangkan serta menghilangkan batu karang secara semula jadi.
Terdapat beberapa petua tradisional yang biasanya digunakan untuk meredakan masalah batu karang khususnya melalui pemakanan.

Namun, penting untuk diingat bahawa petua ini tidak menggantikan rawatan perubatan.
Jika batu karang menyebabkan sakit yang teruk sebaiknya berjumpa doktor segera.
Berikut adalah beberapa cara makan tradisional yang biasa diamalkan untuk membantu mengatasi masalah batu karang:
MENARIK DIBACA: [V] Bahan masak mesra poket, ini 6 item wajib 'grab' kalau masuk kedai RM2
MENARIK DIBACA: Terliur kalau tengok dalam K-drama, rupanya Jajangmyeon dan kimbap antara 6 makanan ikonik bukan asal Korea

1. Air limau kasturi atau limau nipis
Perah air limau kasturi segar dan campur dengan sedikit air suam.
Vitamin C dan asid sitrik dipercayai membantu memecahkan batu karang.
Anda digalakkan untuk mengamalkan pada setiap hari pagi dan petang.

2. Tembikai
Tembikai banyak mengandungi air dan serat yang dapat membantu pencernaan dan pengaliran pundi kencing.
Selain makan secara begitu sahaja, anda boleh jadikan ia sebagai jus enak dan menyegarkan.
Contohnya, campurkan buah tersebut dengan sedikit air, ais batu, gula atau madu mengikut citarasa.

3. Air halia panas
Halia dapat merangsang pencernaan dan aliran pundi kencing.
Pengambilan minuman air halia segar atau rebusan halia boleh diminum air campuran cuka epal.
Boleh juga minum 1-2 sudu besar cuka epal dicampur dengan air suam setiap hari untuk membantu larutkan batu karang.

4. Sayur-sayuran hijau
Sayur seperti bayam dan sawi kaya dengan serat serta nutrien yang membantu detoks hati dan batu karang.
Serat dalam sayur membantu melancarkan pembuangan toksin sekaligus mengurangkan risiko pembentukan batu karang.
Jadi, amalkan makan sayur hijau setiap hari untuk menyokong kesihatan masalah batu karang secara semula jadi.

5. Air daun betik muda
Minuman air daun betik muda juga dipercayai mampu membantu memecahkan batu karang dan membersihkan saluran pundi kencing.
Ia sering digunakan secara tradisional untuk melancarkan aliran pundi kencing serta mengurangkan rasa sakit berkaitan dengan batu karang.