KUALI | Nutrisi

Hitam bukan sebarang hitam... Biji betik banyak khasiat, bantu singkir racun dan parasit dalam usus

Lead Image

RASANYA belum ada lagi orang yang makan buah betik bersama bijinya, kan?

Tapi faktanya, biji betik boleh dimakan malah banyak manfaat kepada kesihatan sistem pencernaan manusia.

Walaupun mempunyai rasa pahit dan warnanya yang hitam, biji betik mempunyai khasiat dalam memerangi parasit jahat dan membantu menyingkirkan racun terkumpul dalam usus.

Kajian Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) mendapati biji betik antara penyelesaian semula jadi efektif mengatasi parasit usus.

Biji betik mengandungi senyawa aktif seperti papain dan carpaine berperanan penting dalam menghapuskan cacing berbahaya dalam usus.

1. Membersihkan saluran pencernaan

Kedua-dua bahan ini membantu membersihkan saluran pencernaan seterusnya membolehkan usus berfungsi dengan lebih baik.

MENARIK DIBACA: Kombinasi ayam goreng Korea dengan sambal geprek, boleh buat 'hantu pedas' tak senang duduk

MENARIK DIBACA: Ini cara orang Thailand buat pulut mangga, memang habis sepinggan!

Dengan keupayaannya mengimbangi flora usus, biji betik turut membantu meredakan masalah perut kembung serta melancarkan proses pencernaan secara keseluruhan.

Selain itu, biji betik membantu tubuh menjadi lebih ringan dan bertenaga kerana proses pencernaan lebih lancar.

2. Bantu buang toksin

Kandungan serat tinggi dalam biji betik juga membantu mengawal pergerakan usus, membuang toksin dari badan sekali gus mengekalkan usus sihat dan membantu atasi sembelit .

Pada masa sama, biji betik juga dikenali kerana kelebihannya dalam mengawal metabolisme dan menghalang badan daripada menyerap lemak membantu mencegah obesiti.

Jus biji betik bantu turunkan kolestrol.

3. Menurunkan kolestrol jahat

Kaya dengan kandungan asid lemak seperti asid oleic, biji betik juga dipercayai bertindak mengawal paras kolesterol dengan mengurangkan kolesterol jahat (kolesterol LDL).

Kandungan serat tinggi di dalamnya membantu mengurangkan tahap kolesterol dalam badan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Konon nak sihat tapi punca perut meragam, elak 6 buah-buahan ini ketika sarapan

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Anggur kyoho bukan sebarang buah, rahsia orang Jepun bertenaga dan miliki kulit mulus

Terhangat