Kandungan makronutrisi ubi kayu memang ‘superb’... Mampu turunkan tekanan darah dan cegah anemia
UBI kayu antara makanan sinonim dengan cita rasa masyarakat Asia bahkan sering dijadikan bahan asas dalam pembuatan kuih-muih tradisional.
Dari segi makronutrisi, ubi kayu menjadi sumber tenaga penting dengan kandungan karbohidrat tinggi dan kalsium, kalium serta vitamin C.
Kandungan protein dan lemak rendah dalam ubi kayu juga menjadikan ia pilihan makanan sesuai bagi individu mengamalkan diet rendah lemak.

Selain itu, serat semula jadi dalam ubi kayu membantu melancarkan sistem pencernaan dan memberi rasa kenyang lebih lama.
Tidak hairanlah ubi kayu kekal relevan dalam diet masyarakat moden kerana kandungan khasiatnya menyokong gaya hidup sihat.
1. Membantu menurunkan tekanan darah
Selain menjadi sumber tenaga, ubi kayu turut mengandungi kalium membantu menstabilkan tekanan darah.
Nutrisi ini memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan jantung dengan mengurangkan risiko hipertensi dan penyakit kardiovaskular.

2. Mencegah anemia
Kandungan zat besi dalam ubi kayu memainkan peranan penting dalam proses pembentukan hemoglobin dalam darah.
Pengambilan zat besi mencukupi dapat membantu mencegah anemia, keletihan dan masalah kesihatan berkaitan kekurangan nutrisi ini.
MENARIK DIBACA: Khasiat aloe vera memang tiada lawan! Rupanya boleh jadi ubat ulser mulut
MENARIK DIBACA: Malunya orang nampak parut kurap dan panau, 4 bahan ini mampu rawat masalah kulit anda

3. Melancarkan sistem pencernaan
Sifat kanji tahan sukar dihadam juga penting untuk membantu kelancaran sistem pencernaan sekali gus mencegah masalah sembelit.
4. Menambah berat badan secara sihat
Buat individu mahu menambah berat badan secara sihat, ubi kayu boleh menjadi pilihan makanan ideal.
Kandungan karbohidratnya tinggi membantu meningkatkan tenaga, sementara lemak ubi kayu rebus sangat rendah membolehkan pertambahan berat badan berlaku secara seimbang.

5. Membina tulang dan gigi kuat
Selain menjadi sumber tenaga, ubi kayu turut membekalkan kalsium penting untuk menguatkan tulang dan gigi, membantu mengekalkan kesihatan sistem rangka secara keseluruhan.
6. Sumber tenaga berkekalan
Ubi kayu juga kaya dengan kandungan karbohidrat memberikan tenaga berkekalan.
Kelebihan ini juga menjadikan ubi kayu antara pilihan makanan sesuai untuk mengekalkan kecergasan sepanjang hari.
7. Melindungi kesihatan jantung
Kandungan kalium tinggi dalam ubi kayu membantu mengekalkan tekanan darah pada tahap normal,
Ubi kayu juga rendah dengan lemak menjadikannya pilihan makanan baik untuk menjaga kesihatan jantung.