KUALI | Nutrisi

Baunya busuk dan rasanya pula pahit... Buah mengkudu banyak khasiat, boleh bantu elak obesiti 

Lead Image

JIKA ke kawasan perkampungan, pokok mengkudu memang hidup subur di halaman rumah atau tepi jalan raya.

Tanda kehadiran pokok ini juga boleh dikesan jika terdapat bau busuk dan menyengat menusuk ke hidung terutamanya buah mengkudu sudah masak ranum.

Memang dari kejauahan sudah boleh terhidu baunya yang semerbak dan buahnya pula biasanya sebesar saiz mangga dan memiliki rasa sangat pahit.

Namun di sebalik beberapa kekurangannya, buah mengkudu cukup kaya dengan khasiat untuk kesihatan.

MENARIK DIBACA: Rasanya berlemak menggoda selera, ini resipi akok cara orang Kelantan

MENARIK DIBACA: Rajin-rajin makan bayam dan ubi keledek, mampu atasi masalah rambut gugur

Biasanya ramai menjadikan buah mengkudu sebagai jus bagi membantu menurunkan bacaan gula dalam darah bagi pesakit diabetes.

Malah ia dikatakan dapat membantu menstabilkan kadar kolesterol.

Sebenarnya terdapat pelbagai manfaat buah mengkudu untuk kesihatan yang mungkin ramai tidak tahu dan ini antaranya;

Kandungan flavonoid dalam buah mengkudu menghalang enzim yang menghasilkan lemak dalam badan.

1. Menjaga kadar kolesterol dalam darah 

Kajian menunjukkan bahawa ekstrak atau jus buah mengkudu dapat membantu mencegah pengumpulan kolesterol dalam saluran darah yang boleh menyumbang kepada penyakit kardiovaskular seperti strok dan penyakit jantung.

Hasil daripada kandungan flavonoid dalam buah mengkudu mampu menghalang enzim yang menghasilkan lemak dan kolesterol dalam badan.

Ekstrak buah mengkudu boleh membantu mengurangkan sakit sendi.

2. Mengurangkan sakit sendi

Buah mengkudu sudah lama digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan dan keradangan dalam badan.

Ekstrak buah ini juga terbukti berkesan mengurangkan sakit dan bengkak pada sendi contohnya bagi pesakit arthritis.

Kandungan vitamin C dapat membantu meningkatkan sistem imun badan.

3. Meningkatkan sistem imun badan

Salah satu manfaat penting buah mengkudu ialah menguatkan sistem imun badan. 

Kandungan vitamin C dalam buah ini membantu meningkatkan fungsi pertahanan tubuh.

Dengan sistem imun yang lebih kuat, tubuh lebih mampu melawan bakteria dan virus seterusnya mengurangkan risiko mudah jatuh sakit.

Kandungan fenolik dalam mengkudu dapat membantu meningkatkan metabolisme glukosa.

4. Menurunkan kadar gula dalam darah

Buah mengkudu sesuai diamalkan untuk pesakit diabetes. 

Kajian menunjukkan bahawa buah ini dapat menurunkan kadar gula dalam darah dan mengekalkannya pada tahap stabil.

Kandungan fenolik dalam buah tersebut dapat membantu meningkatkan metabolisme glukosa.

Buah mengkudu membantu meningkatkan metabolisme badan.

5. Menjaga berat badan ideal

Kajian mendapati bahawa buah mengkudu boleh membantu mengekalkan berat badan dan mencegah obesiti dipercayai melalui kemampuannya meningkatkan metabolisme badan.

Harus diingatkan pengambilan buah mengkudu sahaja tidak mencukupi. Amalan senaman secara rutin dan pemakanan sihat lebih berkesan untuk mengekalkan berat badan ideal.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Nutrisi

Bahaya anak gemar makan sosej, kandungan 2 bahan kimia ini boleh jejas kesihatan 

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Nutrisi

Basuh wajah dengan air kelapa banyak manfaat, hilang parut jerawat dan kekal awet muda

Terhangat