Bahaya anak gemar makan sosej, kandungan 2 bahan kimia ini boleh jejas kesihatan
DISEBABKAN kesibukan rutin harian, ibu bapa memilih langkah mudah menyediakan anak makanan proses seperti sosej goreng sebagai pengalas perut.
Biarpun ramai mengetahui makanan proses tidak berkhasiat, namun hidangan ini tetap dihidangkan atas alasan mudah dan cepat.
Sosej biasanya tinggi garam, lemak tepu dan bahan pengawet menyumbang kepada obesiti serta masalah kesihatan lain jika dimakan secara kerap.

Rona kemerahan pada sosej juga tinggi dengan dua bahan kimia, nitrit dan nitrat boleh beri kesan negatif terhadap kesihatan dan perkembangan anak.
Tinjauan Pemakanan dan Kesihatan Kebangsaan Hellenic (HNNHS) mendapati pendedahan kanak-kanak terhadap bahan berbahaya dalam daging proses termasuk sosej perlu diambil serius oleh ibu bapa dan penjaga.
MENARIK DIBACA: Basuh wajah dengan air kelapa banyak manfaat, hilang parut jerawat dan kekal awet muda
MENARIK DIBACA: Sisik ikan jangan dibuang! Teefoodd kongsi resipi buat jeli, kaya kolegan untuk cantikkan kulit
Tinjauan Pemakanan dan Kesihatan Kebangsaan Hellenic (HNNHS) mendapati pendedahan kanak-kanak terhadap bahan berbahaya dalam daging proses termasuk sosej perlu diambil serius oleh ibu bapa dan penjaga.

1. Nitrit bahan kimia bahaya
Nitrit ditambah dalam sosej untuk menghalang pertumbuhan bakteria berbahaya disamping mengekalkan warna merah jambu pada daging.
Penggunaan bahan ini juga bertindak untuk memanjangkan jangka hayat sosej.
Namun, pengambilan kandungan nitrat berlebihan boleh beri kesan risiko pembentukan nitrosamin juga bahan dikaitkan dengan risiko kanser dalam jangka panjang.
Pengambilan bahan ini dalam kalangan bayi juga boleh mengganggu keupayaan darah membawa oksigen.

2. Nirat punca beban pada organ
Kandungan nitrat pula lazimnya ditemui secara semula jadi dalam sayur seperti bayan, lobak dan salad.
Namun, penggunaan bahan ini turut dijumpai dalam sosej bagi mengekalkan warna dan jika dimakan ia boleh bertukar menjadi nitrit.
Pengambilan secara berlebihan turut memberi beban terhadap organ dan memberi tekanan kepada hari dan buah pinggang.

3. Beri sajian berkhasiat
Jangan jadikan sosej sebagai hidangan harian. Gunakan sebagai hidangan sekali-sekala sahaja.
Pilih alternatif makanan lebih sihat dengan menggunakan daging segar tanpa pengawet, ayam ikan atau protein dari tumbuh-tumbuhan.
Galakkan pemakanan seimbang agar anak-anak mendapat variasi makanan supaya tidak bergantung pada makanan diproses sahaja.
Kesedaran awal ini akan membantu memastikan anak-anak mendapat nutrisi selamat, sihat, dan menyokong pertumbuhan optimum.