Anak makan separuh coklat kawan, terkejut ibunya hantar mesej suruh bayar RM9
IBU mana tak terasa hati apabila anak kecil yang masih berstatus kanak-kanak diperlakukan seperti seorang individu yang tidak diajar dengan adab.
Itulah luahan seorang wanita menerusi di Threads yang kecewa dan terkilan dengan tindakan seorang kenalan apabila isu melibatkan sekeping coklat diperbesarkan.
Menurutnya, dalam satu pertemuan, anak kepada kenalan memberikan separuh coklat Cadbury kepada anaknya dan dia menganggap kedua-dua kanak-kanak itu berkongsi makanan tersebut secara sukarela.
Bagaimanapun, tidak lama selepas itu dia menerima mesej daripada kenalan memintanya supaya membayar harga coklat yang telah dimakan.
"Macam anak saya mencuri pula sampai kena ganti balik. Benci betul dengan manusia yang berkira ni.

"Anak saya makan time tu dah separuh dah coklat tu.
MENARIK DIBACA: Ibu risau berat bayi tak naik-naik masa umur 9 bulan! Syukur keju jadi penyelamat
MENARIK DIBACA: Makanan dalam peti sejuk asyik lesap bagai jadi 'adat' di rumah sewa, ramai beri idea ajar pelaku!
"Tapi dia bukan jual makanan atau jajan. Coklat anak saya makan tu Cadbury and time tu anak saya dapat pun dah separuh sebab anak dia dah makan dulu,” katanya.

Tambahnya lagi, dia berasa sangat terkilan apabila diminta menggantikan semula coklat dengan membayar RM9.
Enggan bertekak, dia akur dan membuat pembayaran sambil mengakui luahan di media sosial dibuat sekadar untuk melepaskan rasa terbuku di hati.
"Anak saya makan habis sebab dia (kenalan) sendiri offer dan suruh anak perempuannya bagi dekat anak saya. Lagipun anak saya dapat coklat sisa anak dia.
"Bukan baharu, tak buka lagi. Kalau tak nak kongsi jangan offer. Dah offer ingat ikhlas bagi sekali minta bayar balik.

"Saya pun boleh fikir kalau ambil hak orang kena bayar balik. Tapi ni soal (tuan badan sendiri yang offer bagi)," luahnya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi warga maya sambil menyifatkan isu tersebut tidak sepatutnya timbul lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan anak kecil.
"Gamak eh, ya Allah kalau saya tak sampai hati. Puan area mana ni? Kalau pi Kuantan nanti or area Kuantan nanti DM saya please. Saya nak bagi anak puan coklat sikit.
"Memang tak faham kenapa ada orang berkira teruk. Coklat apa sis anak awak makan ni? Patchi ke ya ampun," antara komen netizen.