Beras tak salah! Boleh cuba perah air limau nipis, percayalah nasi tak cepat basi
MASALAH nasi cepat basi perkara biasa berlaku dan biasanya kita akan menyalahkan beras.
Namun sebenarnya perkara itu bukan disebabkan oleh jenama dan kualiti beras sebaliknya boleh berpunca daripada pelbagai sebab.
Ini termasuk cara membasuh beras malah periuk digunakan boleh menjadi sebab kepada masalah itu.
Sebenarnya perkara itu boleh diatasi dengan beberapa langkah ketika membasuh beras termasuklah;

1. Basuh beras
Mungkin ada sesetengah daripada kita membasuh beras secara ala kadar sebab bimbang nutrisinya akan turut hilang.
Sebaik-baiknya, basuh beras sehingga airnya menjadi jernih yang bukan sahaja mengeluarkan segala kekotoran tetapi meminimumkan kandungan kanji.
MENARIK DIBACA : Murah dan mesra alam, halau lalat dengan air rendaman kulit pisang
MENARIK DIBACA : Langsung tak terfikir cara ini... Wanita kongsi tip kalau gas habis, 2 bahan bantu memasak ketika ‘darurat’
Ia akan membuatkan nasi bertahan lebih lama walaupun tidak disimpan dalam peti sejuk.
2. Pastikan periuk bersih
Ada juga di antara kita yang tidak membasuh periuk nasi dengan bersih sebelum memasak nasi.
Kesan wap nasi yang melekat dan kotoran lain boleh menyebabkan nasi cepat basi.
3. Lap wap nasi
Selepas nasi masak, biasanya wap akan berkumpul pada permukaan penutup periuk nasi.
Bagi mengelakkan nasi cepat basi, lap wap tersebut agar ia tidak kembali menitis ke dalam nasi dan menjadikannya lembab.
Gemburkan nasi agar ia rata dan masak sekata sebelum ditutup kembali.

4. Tambahkan garam
Menambah garam dalam beras sebelum dimasak mungkin agak pelik tetapi cara itu boleh membuatkan nasi yang dimasak tahan lebih lama.
Tidak hanya itu, garam berfungsi memberi rasa lebih enak pada nasi selain ia menjadi lebih kenyal dan berderai.

5. Perah jus limau
Macam pelik tetapi percayalah dengan memerah setengah biji limau nipis ke dalam periuk nasi sebelum dimasak membantu membuatkan ia tahan lebih lama.
Paling penting, perahan limau tidak akan membuatkan nasi anda berasa masam sebaliknya ia menjadikan nasi berbau harum.