KUALI | Tip & Trik

Jangan buang biskut lemau, ada cara nak rangupkan semula

Lead Image

PERNAH tak buka bekas biskut crackers dengan semangat, tapi bila digigit...alamak, dah lemau!

Terus hilang selera, walaupun secawan teh ‘O’ panas dah terhidang di depan mata.

Kebanyakan orang akan terus buang, sedangkan ada cara mudah untuk 'selamatkan' biskut itu supaya kembali rangup.

Hanya guna ketuhar atau air fryer boleh merangupkan semula biskut.

Seorang pengguna laman X, @sitiraudzah berkongsi tip berguna yang boleh anda cuba sendiri di rumah.

Menariknya, tak perlu pun bahan tambahan, cukup guna ketuhar atau air fryer yang sedia ada di dapur.

"Saya guna air fryer, bakar selama 3 minit dengan suhu 150 celcius. Elok balik crunch," katanya.

MENARIK DIBACA: Murah dan mesra alam, halau lalat dengan air rendaman kulit pisang

MENARIK DIBACA: Jangan pandang remeh calar pada kuali, penyelidik dedah 2.3 juta partikel plastik masuk dalam makanan

Malah, menurut komen dalam hantaran yang sama, cara ini juga berkesan untuk merangupkan kerepek atau bertih jagung (popcorn).

Senang saja bukan? Selepas ini tak perlu lagi buang biskut yang sudah lemau.

Bukan sahaja dapat elak pembaziran, anda juga boleh menikmati biskut kegemaran sepuasnya!

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Jangan asal rasa masin, jom kenali 7 jenis garam tingkatkan kesedapan masakan anda

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Beras tak salah! Boleh cuba perah air limau nipis, percayalah nasi tak cepat basi

Terhangat