KUALI | Tip & Trik

6 bahan ni hasil pewarna semula jadi, kuih dan kek jadi lebih cantik dan enak

Lead Image

KEK, kuih-muih, biskut dan minuman berwarna—sekilas pandang pun sudah cukup untuk membuatkan sesiapa terliur. 

Pewarna makanan dengan rona ceria memainkan peranan penting dalam mencantikkan hidangan, menjadikannya lebih menarik dan menggugah selera. 

Namun, di sebalik daya tarikan itu banyak kajian dikemukakan berkaitan penggunaan pewarna tiruan terhadap kesihatan dan kesejahteraan. 

Menurut kajian The Center for Science in the Public Interest (CPSI), pengambilan pewarna makanan sintetik boleh mencetuskan masalah kegelisahan, kurang daya tumpuan dan hiperaktif dalam kalangan kanak-kanak.

Pewarna makanan dengan rona ceria memainkan peranan penting dalam mencantikkan hidangan

Sehubungan itu, bagi mengurangkan penggunaan pewarna tiruan penyediaan makanan sendiri di rumah menggunakan pewarna asli sangat digalakkan. 

Banyak bahan-bahan asli seperti buah-buahan dan sayuran boleh dijadikan sebagai pewarna gantian dalam masakan lebih selamat, berkhasiat untuk kesihatan seisi keluarga. 

Contohya, bagi mendapatkan warna merah boleh gunakan jus delima, bunga telang pula untuk masakan rona ungu kebiruan dan kunyit bagi rona kuning terang ceria dalam hidangan.

1. Lobak merah 

Lobak merah menghasilkan warna oren semula jadi terang untuk masakan seperti sup, kari atau kuih-muih tradisional. 

Selain warna cantik, lobak merah juga menambah nilai nutrisi kerana kaya dengan beta-karoten dan vitamin A.

Warna dihasilkan safron memberikan sentuhan eksklusif.

2. Safron 

Safron menghasilkan warna kuning keemasan sangat cantik dan mewah dalam masakan. 

Warna dihasilkan bahan ini memberikan sentuhan eksklusif dan elegan pada hidangan seperti nasi biryani dan sup

MENARIK DIBACA: Boleh dibuat minuman atau mandian, air rebusan daun pandan dan serai bantu masalah bau badan

MENARIK DIBACA : Murah dan mesra alam, halau lalat dengan air rendaman kulit pisang

Safron juga menyumbang aroma harum dan sedikit manis pahit sangat unik selain bahan ini tinggi kandungan antioksidan membantu meningkatkan emos

Beetroot juga kaya dengan vitamin, mineral dan antioksidan.

3. Beetroot 

Buah ini menghasilkan rona antara warna merah jambu hingga merah gelap sangat menarik dan ceria untuk masakan. 

Warna semula jadi dari beetroot sering digunakan dalam minuman, pencuci mulut, salad juga sebagai pewarna untuk nasi atau kuih-muih. 

Buah ini juga kaya dengan vitamin, mineral, dan antioksidan yang baik untuk kesihatan. 

Rasanya sedikit manis menjadikannya sesuai untuk pelbagai jenis hidangan.

Bijan hitam menghasilkan warna hitam atau kelabu gelap.

4. Bijan hitam 

Bijan hitam sebenarnya tidak menghasilkan warna cerah seperti pewarna semula jadi lain tapi menghasilkan rona hitam atau kelabu gelap. 

Warna ini sangat popular untuk menambah kontra pada hidangan, contohnya dalam kuih-muih tradisional, roti dan pencuci mulut.

Selain warnanya, biji bijan hitam juga menambah tekstur rangup dengan sedikit elemen kacang yang sedap serta kaya dengan nutrisi seperti kalsium, zat besi dan antioksidan. 

Warna ungu terang dihasilkan ubi popular dalam aiskrim.

5. Ubi Ungu

Warna ungu terang dihasilkan ubi ini sangat popular dalam pencuci mulut, aiskrim, kek dan minuman menyegarkan selera. 

Rasa ubi ini yang berlemak dan manis juga sesuai dijadikan sebagai bahan utama bagi hidangan seperti talam ubi ungu, kek lapis serta mochi.

Bahan masakan sangat popular dalam kalangan masyarakat tempatan ini juga kaya dengan kandungan antioksidan, serat dan vitamin. 

Contoh penggunaan: kuih ketayap ubi ungu, talam ubi ungu, kek lapis, mochi, dan aiskrim.

Kayu manis menghasilkan warna kekuningan.

6. Kayu manis

Kayu manis juga antara bahan semula jadi digunakan sebagai penyeri pencuci mulut kerana warna hangat coklat kemerahan dihasilkan. 

Lazimnya, bahan ini digunakan dalam kek, biskut, puding dan kuih tradisional serta minuman seperti teh, kopi dan coklat panas keran aroma harum menenangkan dan rasa manis berempah.

Bahan ini juga tinggi dengan kandungan antioksidan, anti-radang dan membantu mengawal paras gula dalam darah.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Teknik rendam kena betul, ini petua pulut kuning kekal lembut dan tahan lama

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Jangan asal rasa masin, jom kenali 7 jenis garam tingkatkan kesedapan masakan anda

Terhangat