Rasa nak tercabut gigi kunyah sotong liat, jangan terus dibuang... Ada cara nak lembutkannya
MEMANG 'potong' kalau sotong yang dimasak liat dan keras sampai macam nak tercabut gigi mengunyahnya.
Bukan sahaja liat tetapi masalah lain sering dihadapi ketika memasak sotong apabila ia menjadi kecut membuatkan jusnya hilang.
Memasak sotong bagi sesetengah individu mungkin mudah, tapi buat mereka baharu berjinak-jinak di dapur penyediaan sotong agak merenyahkan.

Silap langkah, menu sotong dimasak masuk ke tong sampah.
Jangan khuatir, ada teknik mudah boleh anda cuba jika mahu sotong dimasak gebu, lembut dan berjus.
1.Bersihkan sotong sebelum dimasak.
2.Keluarkan tulang rawan dari dalam badan sotong dan buang dakwat hitam.
3.Jangan simpan sotong beli, sebaiknya selepas dibersihkan terus masak untuk mendapatkan keenakan rasa.
MENARIK DIBACA: Leher dan ketiak berkerak jadi hitam, sental pun tak hilang… Awas petanda awal diabetes
MENARIK DIBACA: Usia 30 dan kesuburan wanita, ini panduan sokong kesihatan reproduktif
4.Elak memasak sotong terlalu lama, celur sotong dalam air mendidih seminit kemudian angkat dan masukkan dalam air sejuk supaya kekal kenyal Ketika dinikmati.
5.Hiris badan sotong jangan sampai putus. Perap dengan susu bagi menghilangkan bau hanyir. Susu mengandungi laktosa dan casein, protein boleh mengikat sebatian penyebab bau hanyir dalam makanan laut.
6.Campur mentega dalam perapan untuk melembutkan tekstur sotong. Lemak bantu pecahkan protein pada permukaan sotong membuatkan ia empuk apabila dimasak.
7.Titik badan sotong dengan pelembut daging, supaya ia lebih lembut.

8.Sebelum masak, rendam dengan air soda selama 20 minit. Jangan lama sangat, bimbang menjadi lembik pula.
9.Jika ingin masak menggunakan api besar, jangan lebih dari dua minit, jika terlebih masak sotong jadi keras.
10.Jika masak dengan api kecil, masak dalam masa satu jam, supaya sotong asalnya keras menjadi lembut semula.