KUALI | Tip & Trik

Tak sempat masak dah masam? Wanita ini kongsi cara simpan tauhu sampai 2 minggu, confirm tak berlendir!

Lead Image

MEMANG rosak mood nak masak bila buka bekas tauhu dan terus terhidu bau masam!

Lagi kecewa apabila bahan yang baru dibeli semalam, hari ini sudah pun rosak sebelum sempat dimasak.

Tauhu sebenarnya sangat sensitif terhadap suhu dan kelembapan.

Tauhu dapat tahan lebih dua minggu jika disimpan dengan betul.

Sebab itu ia mudah basi atau berlendir kalau dibiarkan terlalu lama pada suhu bilik apatah lagi jika cara penyimpanannya tidak betul.

Tapi jangan risau, ada cara mudah untuk pastikan tauhu tahan lebih lama, malah boleh kekal segar sehingga dua minggu jika disimpan dengan betul.

Menurut perkongsian pengguna Facebook @Ummuizz, hanya perlu beberapa langkah ringkas sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

MENARIK DIBACA: Cef bongkar rahsia omelet hotel sedap, dah boleh buat sendiri dekat rumah!

MENARIK DIBACA: Dah sental guna sabun pun tak hilang, rupanya sudu besi boleh singkir bau bawang putih pada tangan

Jom tengok cara betul untuk simpan tauhu supaya tak cepat masam:

  1. Cuci tauhu yang baru dibeli sampai bersih. Buang segala air rendaman asal dan pastikan tauhu bebas dari sisa kotoran. Toskan dan susun dalam bekas kedap udara.
  2. Rebus air dalam periuk sampai mendidih, kemudian matikan api dapur.
  3. Tuang air panas tadi ke dalam bekas yang sudah berisi tauhu. Hati-hati ketika menuang.
  4. Taburkan sedikit garam halus ke dalam air rendaman tersebut. Tak perlu banyak — cukup sekadar secubit dua untuk menstabilkan pH air dan melambatkan proses kemasaman.
  5. Biarkan air rendaman menjadi suam terlebih dahulu sebelum menutup bekas rapat-rapat.
  6. Kemudian, simpan dalam peti sejuk. Dengan cara ini, tauhu boleh tahan segar sehingga dua minggu tanpa berbau atau berlendir.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Rasa nak tercabut gigi kunyah sotong liat, jangan terus dibuang... Ada cara nak lembutkannya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Bukan setakat air tangan, masakan orang dulu-dulu sedap sebab 3 bahan ini

Terhangat