KUALI | Tip & Trik

Bukan setakat air tangan, masakan orang dulu-dulu sedap sebab 3 bahan ini

Lead Image

RASA masakan ibu, nenek atau orang terdahulu selalu jauh lebih enak dan kena dengan tekak.

Tak perlu berlapis-lapis rempah atau bahan perasa moden setiap makanan dinikmati membangkitkan selera dan kekal dalam ingatan.

Sebenarnya, selain air tangan dan kasih sayang dalam penyediaan makanan, ada bahan masakan digunakan dengan baik untuk menyerlahkan rasa sesuatu hidangan.

Berikut adalah tiga bahan utama sering digunakan dalam masakan orang lama untuk menaikkan rasa, warna dan keaslian hidangan.

Tiga bahan ini mungkin nampak biasa, tapi kesannya luar biasa. Anda boleh mencubanya!

Penggunaan sos tiran dan gula Melaka antara bahan masakan rahsia boleh dicuba sebagai penambah rasa.

1. Sos Tiram

Sos tiram bukan sekadar penambah rasa. Ia berfungsi sebagai bahan serbaguna untuk memperkayakan rasa masakan terutama dalam hidangan bergoreng atau berkuah.

Bahan ini sesuai digunakan dalam masakan seperti sayur goreng, sup, nasi atau mi dan bihun goreng.

MENARIK DIBACA: Simpan bawang dalam peti ais sebelum dipotong, ‘confirm’ air mata tak lagi mengalir

MENARIK DIBACA: Usia 30 dan kesuburan wanita, ini panduan sokong kesihatan reproduktif

Petua tambahan, jika masakan tawar, tambahkan sedikit sos tiram. Ia mudah sebati dan lebih menyeluruh berbanding garam biasa.

2. Garam Kasar

Garam kasar merupakan bahan tradisi yang sering digunakan dalam masakan orang dulu.

Penggunaan bahan ini kerap ditekankan kerana rasa masin lebih asli dan memberi keseimbangan kepada hidangan.

Tambah sedikit garam kasar dalam masakan berkuah seperti gulai kari dan rasai perbezaannya.

Tambah garam kasar dalam masakan dapat tambah kesimbangan.

3. Gula Melaka

Gula Melaka memberikan rasa manis kaya dan berlemak, berbeza dengan rasa kemanisan terhasil dari penggunaan gula putih.

Ia juga memberi warna yang lebih gelap dan menarik, terutamanya dalam sambal dan kuah berempah.

Lazimnya, masakan seperti sambal, kuah kacang atau asam pedas akan menjadi lebih seimbang jika ditambah dengan gula Melaka.

Gula ini juga sering ditambah ke dalam masakan untuk keseimbangan warna sambal menawan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Tak sempat masak dah masam? Wanita ini kongsi cara simpan tauhu sampai 2 minggu, confirm tak berlendir!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Sapu sikit minyak, rahsia kentang goreng rangup guna air fryer

Terhangat