KUALI | Tip & Trik

Simpan nasi dalam peti sejuk belum tentu selamat, boleh jadi penyebab keracunan makanan

Lead Image

MENYIMPAN sisa nasi di dalam peti sejuk sering dilakukan kebanyakan orang untuk mengelak pembaziran.

Nasi yang disimpan di dalam peti sejuk memang boleh bertahan selama beberapa hari dan masih boleh dimakan selepas dipanaskan semula atau dijadikan nasi goreng.

Namun tahukah anda, nasi disimpan terlalu lama di dalam peti sejuk boleh mendatangkan mudarat kepada kesihatan?

Ini kerana nasi terdedah dengan bakteria sekali gus mengakibatkan seseorang itu mengalami keracunan makanan.

Nasi yang disimpan dalam peti sejuk akan dipanaskan semula sebelum dimakan.

Nasi yang disimpan terlalu lama di dalam peti sejuk boleh mengundang pembiakan bakteria dikenali sebagai bacillus cereus yang boleh menyebabkan seseorang mengalami gejala seperti mual, muntah dan cirit-birit.

Pembiakan bakteria ini juga boleh berlaku jika nasi panas tidak disejukkan selepas sejam dimasak atau disimpan terlalu lama di suhu ruang serta di dalam peti sejuk.

Paling menakutkan, bakteria ini boleh menghasilkan sejenis toksin yang tidak dapat dihapuskan walaupun selepas nasi dipanaskan semula sehingga mengakibatkan seseorang itu mengalami keracunan makanan.

MENARIK DIBACA: [V] Ara Johari tak kekok ke dapur, masak lemak cili api menu 'signature'

MENARIK DIBACA: Ramai elak makan sebab takut gout, tapi ketam banyak manfaat termasuk kuatkan ingatan

Selain menyebabkan pembiakan bakteria, nasi yang disimpan terlalu lama di dalam peti sejuk juga akan kehilangan kelembapan dan menjadi kering.

Justru, cara selamat untuk menyimpan nasi sisa adalah seperti berikut:

Sejukkan dengan cepat - Dinginkan nasi pada suhu ruang selepas sejam dimasak sebelum disimpan dalam peti sejuk.

Nasi yang telah dicemari bakteria Bacillus cereus boleh mengakibatkan gejala seperti cirit-birit dan muntah.

Guna bekas kedap udara - Nasi yang telah disejukkan disimpan dalam bekas kedap udara bagi mengelak pertumbuhan bakteria.

Panaskan sekali sahaja - Panaskan nasi yang disimpan dalam peti sejuk cuma sekali sahaja dan jangan simpan nasi lebih daripada tiga hari dalam peti sejuk.

Periksa sebelum makan - Jangan makan nasi yang dipanaskan semula jika terdapat bau masam, berlendir atau melekit bagi mengelak berlakunya keracunan makanan.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Tip & Trik

Benda boleh jimat buat apa beli? Senang betul DIY sabun cuci pinggan, guna 5 bahan jer

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Tip & Trik

Teknik bancuhan doh kunci karipap rangup, boleh tahan sampai ke petang!

Terhangat