Teknik bancuhan doh kunci karipap rangup, boleh tahan sampai ke petang!
PUTUS selera kalau makan karipap keras dan liat lebih lagi bahagian kelim kuih tradisional ini.
Karipap yang sedap bukan sahaja terletak pada intinya tetapi kulitnya memainkan peranan penting dalam pembuatan karipap.
Jangan bimbang, untuk mendapatkan kulit karipap lembut gebu sampai ke petang sebenarnya tak susah pun tapi perlu tahu sukatan tepat dan masa rehat doh.

Tip dikongsikan Zyureena Ahmad ini mudah untuk diikuti hanya perlu kawal sukatan minyak, jenis tepung dan air kapur makan membolehkan doh karipap lebih lembut, senang dibentuk dan kekal rangup walaupun lama digoreng.
Jom cuba sendiri buat karipap rangup untuk minum petang.

1. Kawal sukatan minyak dan marjerin
Gunakan nisbah 1 kilogram tepung, 1 cawan minyak masak dan 2 sudu makan marjerin.
Panaskan minyak dan marjerin, kemudian curahkan ke atas tepung dan gaulkan bahan-bahan ini.

2. Campur air kapur jernih
Ini rahsia membuatkan kulit karipap rangup sampai petang dengan menggunakan air kapur.
MENARIK DIBACA: Campuran kunyit dan susu rahsia tanggalkan bulu tanpa cukur, pakej putihkan ketiak hitam
MENARIK DIBACA: Bimbang lapar ketika hiking, ini 5 makanan mudah disediakan tapi mengenyangkan
Guna sukatan 2 sudu makan air kapur jernih untuk setiap 1 kilogram tepung.

3.Sukatan air penting
Ramai fikir rahsia doh karipap lembut terletak pada minyak, tapi sebenarnya sukatan air memainkan peranan besar.
Kalau air terlalu sedikit, doh jadi keras tetapi sekiranya terlebih doh akan jadi melekit dan membuatkan kelim tidak cantik.
Gunakan 350 mililiter air untuk setiap 1 kilogram tepung.

4. Teknik menguli doh
Gaulkan tepung bersama minyak panas dan marjerin tadi.
Kemudian masukkan air biasa dan air kapur, uli hingga sebati.
Tak perlu risau kalau doh tak licin asalkan bahan semuanya sebati.
Selepas siap uli, masukkan doh ke dalam plastik untuk elakkan terkena angin dan rehatkan selama 4 jam sebelum digunakan.
Kaedah ini membuatkan doh lebih lembut dan sedikit berminyak, rahsia kulit karipap kekal rangup hingga berjam-jam lamanya.