Nikmat dapat minum 'coconut shake' ala Klebang, mudah je nak buat
CUACA panas terik memang akan buatkan kita dahaga dan mahu membasahkan tekak.
Minum air kosong secukupnya adalah penyelesaian terbaik, tetapi pasti sekali sekala teringin nak minum minuman manis yang menyegarkan.
Apa kata anda cuba resipi 'coconut shake' sedap, berkrim dan mudah dibuat, ala-ala yang popular di Klebang, Melaka.

Apa yang diperlukan adalah air kelapa, isi kelapa muda, aiskrim vanila, susu segar dan bahan lain untuk penyedap rasa.
Bayangkan selepas siap, anda akan berasa seolah-olah sedang menikmati minuman segar di tepi pantai.
Keenakan kombinasi rasa lemak manis aiskrim dan kesegaran air kelapa sukar diungkap dengan kata-kata.
Bahan-bahan:
- 1 cawan isi kelapa muda
- 2 cawan air kelapa muda
- 3 sudu besar aiskrim vanila
- 2 sudu besar susu pekat manis
- 1 sudu besar susu cair
- 2 cawan ais batu
MENARIK DIBACA: Buah tak rosak, tahan berbulan-bulan... Ini cara unik orang Afghanistan simpan anggur!
MENARIK DIBACA: 5 makanan ini punca ekzema makin teruk, jika tak elak boleh menggaru sampai luka
Cara penyediaan:
- Masukkan air kelapa, isi kelapa, aiskrim vanila, susu pekat, susu cair dan ais ke dalam pengisar (blender).
- Kisar sehingga semua bahan halus dan berbuih.
- Tuang ke dalam gelas.
- Tambahkan satu sudu aiskrim vanila di atasnya sebagai hiasan, siap untuk dihidang.
