KUALI | Trending

Buah tak rosak, tahan berbulan-bulan... Ini cara unik orang Afghanistan simpan anggur!

Lead Image

SEBELUM wujudnya teknologi moden seperti peti sejuk, masyarakat zaman dahulu telah mencipta pelbagai kaedah penyimpanan makanan bagi memastikan bekalan kekal tahan lama. 

Keperluan ini menjadi semakin penting terutamanya bagi makanan yang cepat rosak seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.

Walaupun sering dianggap serba kekurangan, hakikatnya masyarakat terdahulu memiliki pengetahuan yang luas dalam teknik penyimpanan yang bukan sahaja berkesan malah mesra alam serta tidak memerlukan sebarang peralatan moden. 

Buah anggur yang disimpan dalam bekas tanah liat ini masih segar meskipun hingga enam bulan.

Kaedah-kaedah ini merangkumi pelbagai cara, daripada menjemur di bawah cahaya matahari hinggalah menyimpan hasil makanan dalam bekas khas yang direka mengikut keperluan persekitaran.

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan buah anggur masih kelihatan segar walaupun telah disimpan selama enam bulan. 

Seperti sedia maklum, buah anggur biarpun disimpan dalam peti sejuk ia susah disimpan dalam jangka masa panjang kerana sensitif.

MENARIK DIBACA:  Rasa klasik, bangkit nostalgia... Meja tak lengkap tanpa 8 kuih raya 'legend' ini

MENARIK DIBACA: Menantu dedah kenapa dapur mentua dianggap 'gerun', nak masuk hati kena kental

Menariknya, kaedah tersebut bukanlah hasil teknologi moden sebaliknya satu kaedah tradisional yang telah lama diamalkan di Afghanistan dikenali sebagai 'gangina'.

Kaedah 'gangina' ini melibatkan penyimpanan anggur di dalam bekas tanah liat khas. 

Setelah bekas diisi, ia akan ditutup rapat menggunakan campuran lumpur bagi menghalang kemasukan udara. 

Bekas tanah liat akan disimpan pada suhu sejuk bagi melambatkan proses pereputan.

Bekas tersebut kemudian disimpan di tempat yang sejuk sekali gus mewujudkan persekitaran tertutup yang stabil.

Melalui teknik ini, kelembapan semula jadi buah dapat dikekalkan manakala proses pereputan diperlahankan secara semula jadi. 

Hasilnya, apabila bekas dibuka selepas berbulan-bulan, anggur masih kelihatan segar, rasanya manis dan selamat untuk dimakan.

Menariknya, kaedah ini telah digunakan selama ratusan tahun oleh masyarakat di Afghanistan serta kawasan Asia Tengah, jauh sebelum kemunculan teknologi penyejukan moden. 

Sifat semula jadi tanah liat mampu mengekalkan suhu yang stabil menjadi faktor utama kejayaan teknik ini.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Nangka punca angin dalam badan? Doktor tampil betulkan salah faham

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Dalam gambar kemain gah! Kek Cadbury RM90 dibeli ibu tak seindah rupa... “La ingat simen”

Terhangat