"Ni bukan stik, ini bacon!" - Pelanggan 'angin' makanan dipesan jauh beza dengan foto di buku menu
PASTI ramai ada pengalaman kecewa apabila makanan yang dibeli tidak seperti yang diharapkan.
Lebih mengecewakan jika makanan tersebut jauh berbeza dengan apa yang sepatutnya diperolehi.
Itu yang terjadi kepada seorang pengguna Threads yang berasa dirinya tertipu apabila 'beef steak' yang dipesan jauh berbeza dengan apa yang ditunjukkan dalam menu.

"Tolonglah nak berniaga tu jangan guna gambar AI. Bayangkan orang tengah lapar, dengan kepala otak tengah kusut.
"Akhirnya dapat makanan seperti ni. Kecewa betul dengan daging liat dan tak panas," tulisnya, kesal.
Menerusi gambar yang dikongsikan, daging stik yang diterima nampak nipis dan tidak menyelerakan berbanding gambar pada buku menu.
MENARIK DIBACA: Pemilik Sugar and I hampir putus asa, bomboloni jadi ‘penyelamat’ ketika pandemik
MENARIK DIBACA: Hanya guna 4 bahan, resipi popiah ubi keledek coklat mesti disukai anak-anak
Walaupun ada dinyatakan gambar tersebut sekadar ilustrasi, tetapi hidangan yang diterima ternyata sangat jauh berbeza dengan foto yang dipaparkan.
Lebih membuatkan pelanggan itu kecewa apabila dia mendakwa stik berharga RM23 itu dihantar dalam keadaan keras dan sejuk.
Di ruangan komen, ramai netizen lain turut berasa geram dan dan marah dengan sikap peniaga sedemikian.

"Ya Allah sakitnya hati tengok daging tu. Terus tak ada 'mood' nak makan.
"Dagingnya senipis iman!
"Ini bukan stik, ini 'bacon' namanya," antara komen netizen.