[V] Churros sambal nasi lemak memang pelik, tapi sekali 'ngap' nak lagi sebab sedap!
KALAU sebut tentang churros, mesti ramai membayangkan snek panjang dengan topping manisan seperti coklat, karamel atau matcha.
Lain pula cerita di Churros Plus apabila tampil dengan pilihan perisa yang memang di luar biasa, antaranya churros sambal!
Bunyi macam pelik, tapi churros berperisa Nasi Lemak Makchu ini antara menu yang menjadi perhatian pelanggan yang mahu mencuba sendiri keunikan rasanya.
Siapa sangka, gabungan rasa manis churros bersama sambal pedas sebenarnya menjadi kombinasi yang cukup padu.
Dapat dirasakan tekstur rangup dan padat dalam setiap gigitan sebelum rasa pedas manis perlahan-lahan naik ke lidah.

Adunan tepung yang digunakan pula menjadi rahsia utama kepada tekstur churros mereka yang lebih padat dan rangup berbanding kebanyakan churros lain di pasaran.
Jika kebanyakan churros lain mempunyai tekstur yang agak kosong dan ringan, snek itu di sini pula lebih padat di bahagian dalam serta akan kekal rangup walau sudah sejuk.
Sambalnya pula tidak terlalu pedas, membuatkan churros terasa lebih ‘kick’ dan tidak muak dimakan.
Menariknya, di sini terdapat lapan jenis perisa yang boleh dipilih mengikut cita rasa masing-masing.
Antara yang ditawarkan termasuk coklat Belgian, Ceylon Cinnamon, uji matcha, golden salted egg, Hokkaido cheese, sour cream & Onion serta signature pistachio.
MENARIK DIBACA: Enaknya jantung pisang cecah sambal belacan, tapi kalau lebam bantut selera! Ini teknik rebus cantik kejadian
MENARIK DIBACA: Wanita mengaku malas masak, cuma beri anak bijirin! Lebih jaga perut sendiri dan suami - "Sedihnya ada mak macam tu"
Bukan itu sahaja, pelanggan juga boleh memilih pelbagai bentuk churros yang disediakan mengikut cita rasa masing-masing sekali gus menjadikan pilihan manisan itu lebih menarik.
Dengan tawaran perisa unik, tekstur serta bentuk yang berbeza, maka tak hairanlah Churros Plus menjadi antara lokasi pilihan pencinta manisan yang gemar mencuba sesuatu lain daripada kebiasaan.
Lokasi: Churros Plus, One Utama Shopping Mall, 47800, Petaling Jaya, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (10 pagi hingga 10 malam)