Wanita mengaku malas masak, cuma beri anak bijirin! Lebih jaga perut sendiri dan suami - "Sedihnya ada mak macam tu"
SEORANG pengguna Threads meluahkan rasa sedih dan kecewa selepas membaca perkongsian seorang ibu yang mengaku hanya memberi anaknya makan bijirin sejak berusia enam bulan, sehingga kanak-kanak itu akhirnya tidak mahu lagi menjamah makanan tersebut.
Menurut individu itu, dia terkilan dengan sikap ibu berkenaan yang melabelkan dirinya pemalas kerana tidak menyediakan pelbagai makanan untuk anak, tetapi pada masa sama aktif berkongsi aneka hidangan lazat untuk dirinya dan suami.
"Sedih baca tadi ada seorang tu tulis 'saya mak pemalas, anak saya makan bijirin je dari usia enam bulan sampai dia sendiri tak nak.
"Tapi kat Thread dia ada masak macam-macam lauk berbuka untuk dia dan suami masa bulan puasa hari tu. Tak baik tau begitu, kena la rajin anak itu kan amanah," katanya, kesal.

Perkongsian itu mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dengan ramai berpendapat tiada alasan untuk wanita berkenaan tidak memasak makanan berkhasiat untuk anak kerana ia boleh dilakukan serentak ketika menyediakan hidangan untuk keluarga.
"Padahal boleh saja masak sekali untuk anak waktu masak untuk dirinya dan suami. Apa bendalah!" kata seorang netizen.
Ada juga yang berkongsi pengalaman sendiri, yang mana mereka pula lebih rajin dan rela mengutamakan makanan bayi berbanding memikirkan hidangan orang dewasa demi memastikan keperluan nutrisi anak terjaga.
MENARIK DIBACA: Mi Korea Japchae senang buat, gaul-gaul siap! Sesuai untuk bekal anak, makan malam ringkas
MENARIK DIBACA: Budak 11 tahun biadab menjawab disuruh bawa pinggan ke dapur, ibu dipersalahkan 'rajakan' anak lelaki
"Saya pula masak untuk bayi je sempat untuk orang lain beli luar saja.
"Saya pula tak pernah sepanjang hayat bagi anak makan bijirin. Seteruk-teruk makanan dah tu bagi saya, bubur letak ayam pun tak apa asalkan 'real food'.

"Malas nak mencari ilmu, boleh main Threads dan sebagainya tapi tak nak ambil tahu ilmu pemakanan anak.
"Tiada rasa bersalah ke dengan anak tu, sedihnya baca ada mak yang macam tu, selama saya ada anak tiga tahun dah umur, saya paling malas pun buat juga sesuatu untuk dia makan. Kita tak sarapan tak apa janji anak makan masa dia bayi enam bulan ke atas sanggup la sedia macam-macam makanan," antara komen netizen.
Lebih menyedihkan, mereka yang pernah bergelar pengasuh turut mengakui terdapat ibu bapa sanggup berbelanja makan di luar, namun tidak menyediakan makanan yang sepatutnya untuk anak.
"Memang ada mak yang macam ni. Dulu saya mengasuh budak, bab makan memang macam-macam ragam daripada ibu bapa. Yang pelik bukan dari anak sebab elok je makan, yang mak bapanya banyak ragam, ada yang suruh bagi hari-hari serbuk bijirin bayilah ada juga suruh bagi telur dadar.
"Kalau anak lapar suruh bagi air kosong je sebab dah berhenti susu, tapi bila mak bapa dating berdua makan sedap segala benda. Kadang-kadang saya kesian sangat-sangat sebab anak-anak mereka jenis 'pemakan', apa yang kita masak makan lahap," demikian perkongsian pengasuh budak.