Budak 11 tahun biadab menjawab disuruh bawa pinggan ke dapur, ibu dipersalahkan 'rajakan' anak lelaki
SEORANG pengguna Threads meluahkan rasa kecewa dan sedih apabila adik lelakinya yang masih bersekolah rendah mula menunjukkan sikap merendahkan peranan perempuan dalam rumah sendiri.
Menurut perkongsian itu, kisah bermula apabila adiknya yang berusia 11 tahun selesai makan tetapi meninggalkan pinggan di atas meja tanpa rasa bertanggungjawab untuk membawanya ke singki.
Apabila ditegur, reaksi yang diberikan cukup membuatkan dia sebagai kakak terkedu.
Lebih mengejutkan, walaupun sudah ditegur oleh ibu mereka, kanak-kanak itu berani menjawab dengan kata-kata kesat.
"Lepas tu bila aku marah dia kata 'kerja dalam rumah ni semua perempuan kena buat'. Memang aku dengan mak aku ni orang gaji tak berbayar pun dalam rumah ni.

"Mak aku dah tegur pun pandai dia menjawab, aku sindir dia cakap memang kau anak raja pun dia balas balik 'lelaki kan memang raja ada ke raja perempuan?" ceritanya.
Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan pemikiran kanak-kanak berkenaan.
Ada yang mengakui geram dan menyifatkan reaksi itu sebagai kurang ajar walaupun masih kecil.
MENARIK DIBACA: Mandi air garam dan limau nipis baik untuk kesegaran tubuh, aura positif! Syirik jika niat tolak bala
MENARIK DIBACA: Mengejutkan, pendapat 'roti canai Melayu lagi sedap dari mamak' tiada bantahan! - "Tak nak fight, awak menang"
"Aku yang baran ni mau aku sampai penampar, dah makan tinggal, nak basuh pinggan pun menjawab, esok jangan harap aku masak, tak payah makan tiada siapa nak jadi kuli.
"Sementara umur masih boleh libas. silakan buat. Jangan perli-perli tapi kena paksa dia buat. Tapi syarat utama mak kena main peranan, jangan mak pula yang jadi penghalang, 'biarlah dia kecil lagi, janganlah marah adik'," antara komen netizen.

Sebahagian netizen pula menyalahkan ibu bapa budak berkenaan.
"Persekitaran rumah memang main peranan besar dalam bentuk nilai diri. Saling hormat tu sebenarnya dipelajari dari rumah melalui didikan tegas dan disiplin konsisten. Kalau ibu bapa tak ambil peranan ni dengan betul tak mustahil anak membesar jadi orang yang kurang bertanggungjawab atau tak produktif nanti.
"Ibu bapa awak salah. Dari seawal usia 6 tahun dah patut ajar semua perkara dalam rumah tu walaupun cuci bilik air pun kena ajar. Sekarang macam belum terlambat atau dah terlambat sebab menjawab bila orang nasihat. Esok dah besar, dah berkahwin mesti 'membibikkan' isteri dan anak perempuannya nanti," antara komen netizen.