KUALI | Viral

Mengejutkan, pendapat 'roti canai Melayu lagi sedap dari mamak' tiada bantahan! - "Tak nak fight, awak menang"

Lead Image

SATU hantaran di Threads mencuri tumpuan ramai apabila seorang pengguna berpendapat bahawa roti canai di kedai Melayu lebih sedap berbanding kedai mamak.

"Roti canai orang Melayu buat lagi sedap dari roti canai kedai mamak, fight me (cubalah lawan)," tulis individu berkenaan.

Bagaimanapun, apa yang mengejutkan apabila tiada 'perang' atau perdebatan di ruangan komen seolah-olah warganet bersetuju dengan pandangan peribadinya itu.

"Sebagai mamak saya setuju... roti canai Melayu lagi sedap daripada mamak tapi kuahnya ceroi (cair), kuah mamak sangat terbaik," katanya.

Ramai mendakwa roti canai Melayu lebih sedap kerana adunan tepung diuli sendiri.

Ada juga netizen dilihat seakan-akan terus mengalah tanpa mahu berdebat.

"Tak nak fight, awak menang. Dapat kuah kari daging atau kambing, 'hancur' diet.

MENARIK DIBACA: Atikah Suhaime baru tahu rahsia cantikkan kulit lepas nikah lelaki Cina, kongsi resipi sup ayam mak mentua

MENARIK DIBACA: Cuba pecah rekod dunia, Oriental Kopi sasar jual 10,000 nasi lemak dalam masa 8 jam

"Tak nak fight sebab awak 100 peratus betul! Cuma persoalan saya sekarang ni mana nak cari roti canai Melayu yang sedap area Hartamas/Mont Kiara/Bangsar/TTDI ni? Tolong," antara komen netizen.

Ada juga yang menyifatkan roti canai di kedai Melayu lebih nipis dan rangup berbanding sesetengah kedai mamak yang dikatakan lebih tebal dan liat serta terdapat perbezaan kuah antara kedua-duanya.

Antara komen netizen di laman Threads.

Roti canai Melayu dikatakan lebih sedap dari segi tekstur, namun kuah di kedai mamak masih menjadi pilihan ramai.

"Saya terpaksa bersetuju. Antara saya punya top 3 kedai roti canai semuanya Melayu. Pergi mamak macam makan doh tebal.

"Betul, saya beli yang dekat kedai Melayu sampai petang lembutnya. Nasib ada yang kuah sedap sebab selalu yang Melayu ni roti sedap, kuahnya slack (kurang) sebab cair pula.

"Roti canai Melayu ni kalau lain macam sedapnya sebab dia uli sendiri. Dhal dan sambal pun style Melayu. Mamak ambil doh dari kilang sebab itu rasanya konsisten kat mana mana mamak. Supply chain mereka bagus," antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Pengasuh tolak jaga si kecil tak makan lauk kampung, si ibu 'demand' masak 'western' setiap hari

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Bibir budak lelaki terlebih mungil gara-gara main botol air, dipuji kekal tenang - "Dia nyot-nyot sampai tertidur"

Terhangat