KUALI | Resipi Tradisi

Telur dadar kedai Thai memang sedap lain macam, bancuhan bersama air soda dan kicap bukit rahsianya

Lead Image

SIAPA sangka telur ringkas yang nampak biasa boleh menjadi hidangan sangat memikat selera?

Telur dadar gaya Thai sememangnya popular kerana rasanya yang sedap, gebu, ringan dan bertekstur rangup di luar.

Hidangan ini bahkan sedap jika disajikan sebagai lauk sampingan bersama nasi panas dan tomyam.

Telur dadar Thai ini sangat sesuai dimakan bersama nasi panas dan lauk sampingan lain.

Walaupun kelihatan mudah, rahsia keenakannya terletak pada teknik pukulan telur, pilihan perasa dan paling penting minyak yang cukup panas ketika menggoreng.

Dengan hanya beberapa bahan asas seperti telur, sos ikan/kicap bukit Thai serta sedikit air sejuk atau air soda, anda boleh menghasilkan telur dadar kembang gebu seperti di restoran Thai.

Untuk hasil yang lebih gebu, pukul bancuhan telur dengan kuat dalam cawan menggunakan garfu atau sudu sehingga berbuih.

MENARIK DIBACA: Masih terasa keenakan bihun goreng makcik kantin, rupanya ini rahsia buat ramai terkenang-kenang

MENARIK DIBACA:Tak payah guna serbuk perasa, tumbuk campuran bahan-bahan ini cukup buat nasi goreng bertambah sedap

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • 1 sudu kecil sos ikan atau garam secukup rasa
  • 1 sudu kecil air sejuk atau air soda
  • 1/2 sudu kecil tepung jagung
  • Sedikit serbuk lada putih

Langkah penyediaan:

  1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan semua bahan lain seperti hirisan bawang dan cili padi.
  2. Pukul telur sehingga berbuih – ini penting untuk menghasilkan tekstur gebu.
  3. Panaskan minyak dalam kuali kecil hingga betul-betul panas.
  4. Tuang adunan telur sekaligus ke dalam minyak, ia akan mengembang serta-merta.
  5. Goreng hingga keemasan, balikkan perlahan-lahan dan masak bahagian satu lagi.
  6. Angkat, toskan dan sedia dihidang panas-panas bersama sos cili Thai atau sambal.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

[V] Bau dan aromanya buat perut berkeroncong, ini resipi ayam pedas daun kesum

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Sotong pedas sedap ala kenduri memang sedap, rahsianya kena tumis lama baru mengancam

Terhangat