KUALI | Resipi Tradisi

[V] Bau dan aromanya buat perut berkeroncong, ini resipi ayam pedas daun kesum

Lead Image

SEBUT tentang daun kesum, mesti ramai terbayang aroma memikat pada kuah laksa atau kelazatan masakan asam pedas yang mengiurkan.

Daun kesum merupakan tumbuhan jenis herba sering digunakan dalam masakan Melayu sebagai penambah rasa dan menjadikan masakan tertentu berbau harum dengan aroma khas memikat.

Selain ditambah dalam kuah laksa atau masak asam pedas, daun kesum juga boleh diolah dalam masakan lain mengikut kreativiti seseorang.

MENARIK DIBACA: Nampak macam sama tapi singgang dan asam rebus ada perbezaannya

MENARIK DIBACA: Jom kenali 10 jenis cendawan, bukan jenis tiram dan butang saja enak dimakan

Kuali kongsikan resipi istimewa iaitu ayam pedas daun kesum yang dijamin mampu memikat selera.

Bahan-bahan

Bahan A

  • 5 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 2 tangkai cili merah
  • 5 tangkai cili padi

Bahan B

  • 5-7 ketul ayam
  • 1 ikat daun kesum
  • 1/2 inci halia (dihiris)
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar air asam jawa
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • Gula
  • Serbuk perasa

Langkah penyediaan

  1. Kisar kasar semua bahan A dan ketepikan.
  2. Goreng ayam yang dilumur dengan serbuk kunyit bersama garam sehingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Dalam kuali yang sama, tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  4. Masukkan halia yang dihiris halus bersama sos cili dan sos tiram.
  5. Masukkan air asam jawa untuk sensasi rasa masam dan gaul sehingga sebati.
  6. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  7. Masukkan ayam yang digoreng dan gaul sehingga rata.
  8. Masukkan daun kesum. Lagi banyak daun kesum lagi sedap dan wangi.
  9. Gaul masakan sehingga sebati dan siap untuk dihidangkan.
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Tradisi

[V] Asyik rebus cicah sos bosan juga, ini resipi kerang cili padi masam manis

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Tradisi

Telur dadar kedai Thai memang sedap lain macam, bancuhan bersama air soda dan kicap bukit rahsianya

Terhangat