Atikah Suhaime baru tahu rahsia cantikkan kulit lepas nikah lelaki Cina, kongsi resipi sup ayam mak mentua
"KENAPA kulit orang Cina kebanyakan nampak lebih licin?"
Itulah antara persoalan yang sering menjadi bualan netizen setiap kali melihat penampilan individu berbangsa Cina yang dikatakan kelihatan 'flawless' tanpa perlu solekan tebal hingga ada yang mengaku berasa cemburu melihatnya.
Menerusi perkongsian seorang wanita di Threads, dia turut tertanya-tanya apakah sebenarnya rahsia di sebalik kulit yang nampak lebih halus dan berseri itu.
Namun siapa sangka, pertanyaan itu akhirnya dijawab santai oleh pelakon Atikah Suhaime sendiri yang berkongsi pengalaman selepas berkahwin dengan keluarga Cina Muslim.
Kongsi Atikah, antara rutin yang diamalkan dalam keluarga mentuanya ialah pengambilan sup ayam dimasak lama menggunakan api perlahan bersama bahan-bahan herba tertentu.

"Sebenarnya sup. Lepas kahwin ibu mentua selalu buat sup macam ini dan saya minum. Kulit saya jadi lebih licin... rasa sup mereka penuh kolagen atau macam sesuatu," katanya.
Tambahnya lagi, sup tersebut hanyalah rebusan ayam bersama herba dan red dates (kurma merah) tanpa tambahan garam atau gula.
"Ia cuma ayam direbus lama-lama dengan beberapa herba Cina. Tak letak garam, tak letak gula. Oh ya ibu mentua saya orang Cina Muslim.
MENARIK DIBACA: Jangan buang air rebusan ikan! Wanita kongsi cara buat kolagen untuk kucing, boleh ganti 'wetfood'
MENARIK DIBACA: Sambal belacan udang bakar, dijamin tak cukup sepinggan nasi
"Hi sis. Rebus paha ayam dan 'red dates' kemudian campak dalam slow cooker, rebus api kecil sampai enam jam. Tak payah garam sebab dah memang sedap bila rebus lama-lama," kongsinya.
Di ruangan komen ramai netizen teruja untuk mencuba resipi itu dan tak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman sama.
"Kalau ada ayam, memang hasilnya sangat bagus. Budak yang selalu makan sup ayam pun kulit dia cantik bersih, luka pun tak tinggal parut.
"Red dates campur kaki ayam dan isi ayam sahaja tanpa garam gula. MasyaAllah sangat sedap rupanya.
"Ya nenek saya pun selalu buat sup ni sedap... sangat bagus untuk kulit dan imun," antara komen netizen.