KUALI | Viral

Lauk pedas, pelanggan dakwa asyik keluar masuk tandas lepas makan di Rembayung! Harap KA beri perhatian

Lead Image

MASAKAN Melayu sememangnya terkenal dengan keunikan rasanya serta kaya rempah ratus yang menjadikannya cukup sinonim dengan kepedasan.

Tidak hairanlah, penggunaan pelbagai jenis cili bersama adunan rempah memberikan sensasi ‘menyengat’ tetapi membangkitkan selera.

Malangnya, tidak semua orang mampu menahan tahap kepedasan tersebut sehingga ada yang terpotong selera.

Seorang individu berkongsi pengalaman makan makanan pedas di restoran milik pempengaruh terkenal, Khairul Aming iaitu Rembayung, yang didakwa berakhir dengan sakit perut.

Pelanggan itu mendakwa dirinya terpaksa berulang-alik ke tandas dek perut memulas.

Dakwanya, selepas menikmati makan tengah hari di restoran tersebut, dia terpaksa berulang-alik ke tandas kerana perut memulas, dipercayai kerana makan lauk pauk yang disifatkan sebagai pedas..

“Selepas makan tengah hari di Rembayung, saya terpaksa ke tandas berkali-kali. Memang sangat mengecewakan,” katanya menerusi laman Threads.

Di ruangan komen, ramai netizen turut berkongsi pengalaman serupa apabila mengakui tidak dapat menikmati hidangan yang dipesan sepenuhnya kerana tidak tahan pedas.

“Ya, perut rasa panas. Padahal selalu je makan ayam gepuk pedas, tapi ini memang lain macam pedasnya.

MENARIK DIBACA: 'Aunty' lepas geram belanja lebih RM800 tapau lauk Rembayung, Khairul Aming beri komen lucu

MENARIK DIBACA: Jarang berlaku di Rembayung! Bella Astilah, Syed Saddiq diserbu... Pelanggan dah 'tak nampak' KA

"Yang agak pedas saya makan, daging salai masak lemak dan siakap sambal berlada. Waktu makan okay je boleh 'tolerate'. Cuma kesan selepas itu. Selesai makan 4.15 petang, mula 'toilet trip' dari jam 10 petang sampai 7 pagi esoknya," antara komen netizen.

Malah, ada yang mendakwa terpaksa menahan rasa tidak selesa sepanjang perjalanan pulang dipercayai kesan daripada makanan pedas yang dihidangkan.

Seorang individu berkata dia merupakan peminat KA tetapi mengakui tidak mampu menahan tahap kepedasan sambalnya.

Justeru dia menyarankan agar pempengaruh itu memberi perhatian terhadap perkara ini.

"Semua benda kena'moderate'. Kalau dah ramai sangat kompelin KA kena 'take note' la. Saya tak ada rezeki dapat 'booking' Rembayung lagi tapi dulu beli Sambal Nyet berapi saya cirit birit dan perut tekak rasa panas. Saya 'support' KA tapi tak boleh 'tolerate' benda pedas melampau.

“Pedas sampai tak boleh nak nikmati makanan. Dah banyak kali beritahu, tolonglah kurangkan pedas,” antara komen netizen.

Komen netizen di laman Threads.

Bagaimanapun, terdapat juga netizen yang menyalahkan pelanggan tersebut, malah berpendapat tahap toleransi terhadap makanan pedas adalah berbeza bagi setiap individu.

“Ada yang kata masak lemak agak pedas, tapi saya cuba siput sedut masak lemak, tak pedas pun, malah sangat sedap. Mungkin bergantung pada toleransi masing-masing.

“Perut awak mungkin sensitif dengan makanan pedas,” tambah beberapa netizen lain.

Dalam pada itu ada juga yang cuba meneka punca berlakunya masalah ini.

"Masak lemak cili api kena lama sikit. Saya masak sampai santan naik minyak.

"Kadang-kadang cili yang buat hal. Walau dah kurangkan sukatan kadang hasilnya pedas kadang tak pedas langsung," kata netizen.

Ada juga pelanggan berkongsi tip dengan memilih menu yang kurang pedas seperti masak kicap, gulai utara atau sayur lemak bagi mengelakkan ketidakselesaan perut.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Viral

Budak 11 tahun biadab menjawab disuruh bawa pinggan ke dapur, ibu dipersalahkan 'rajakan' anak lelaki

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Viral

Kekasih pandai beli jiwa... Wanita teruja dapat hadiah buah, bukan bunga! - "Kenapa 'flawless' sangat"

Terhangat