KUALI | Trending

Dalam gambar kemain gah! Kek Cadbury RM90 dibeli ibu tak seindah rupa... “La ingat simen”

Lead Image

MEMBELI barangan dan makanan secara atas talian memang memudahkan tapi ada kalanya produk yang dipesan itu jauh berbeza tidak seperti yang digambarkan.

Lebih mengecewakan apabila harga dibayar bukan murah dan barangan diterima jauh tersasar daripada jangkaan.

Perkara ini turut dialami oleh seorang pengguna Threads dikenali sebagai Haziq Zakaria yang berkongsi foto kek dibeli ibunya secara dalam talian.

Menerusi perkongsian itu, dia meminta netizen meneka jenis kek berkenaan sambil berseloroh mengenai rupa bentuknya agak ‘luar biasa’.

Lelaki ini terkejut dengan fizikal kek 'Cadbury' dibeli ibunya. Gambar AI

"Guys, cuba teka mak aku tempah kek apa ni. Harga RM90 okay. Saiz kek 7 x 7. 

"Nama kek memang gah. Tak tahu nak sedih ke gelak dengan seller (penjual) macam ni," kongsinya. 

Cerita Haziq, ibunya telah menempah kek lapis Cadbury seperti yang diiklankan penjual, namun hasil diterima langsung tidak menyerupai gambaran promosi.

MENARIK DIBACA: Lebihan nasi impit boleh buat lontong goreng, tetamu mesti teruja tiada di rumah orang lain

MENARIK DIBACA: Semua sedap, takkan nak tengok je! Ini 7 tip pemakanan masa raya sambil 'jaga perut'

"Siapa cakap kek belacan tu jawapan sama dengan mak saya. Inilah iklan dia (iklan peniaga), katanya kek lapis Cadbury. 

"Siapa tak nampak Cadbury kat kek mak aku dapat tu dia pendek umur," tulisnya berseloroh.

Perkongsian itu kemudian tular dan dibanjiri pelbagai reaksi warga maya yang rata-rata terkejut melihat keadaan kek berkenaan, malah ada menyamakan teksturnya seperti simen.

Komen netizen.

"Aku ingat simen. 

"Weh maaf saya fikir habuk vakum. 

"Ingatkan bubur asyura.

"Saya teka. Span bunga dibakar selama 20 minit," komen netizen. 

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Buah tak rosak, tahan berbulan-bulan... Ini cara unik orang Afghanistan simpan anggur!

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Teknik rebus nasi impit 5:30:7 tak menjadi, ramai kata kena 'scam'

Terhangat