Teknik rebus nasi impit 5:30:7 tak menjadi, ramai kata kena 'scam'
MUSIM perayaan sememangnya sinonim dengan pelbagai ragam mencuit hati, terutama apabila tiba bab ‘berperang’ di dapur menyiapkan juadah tradisi.
Antara hidangan wajib apabila tiba hari raya ialah ketupat dan nasi impit, jadi tak hairanlah muncul pelbagai petua kononnya memudahkan penyediaan dua juadah ini.
Namun, di sebalik percubaan mengikut 'petua' itu, ada juga yang gagal apabila nasi impit masih berderai apabila dipotong.
Gara-gara kegagalan itu, seorang pengguna Threads dikenali sebagai Muhd Zaki, berpendapat teknik rebus nasi impit 5:30:7 sebagai scam terbesar waktu raya.

Katanya, walaupun luaran nampak cantik dan terbentuk, bahagian dalamnya tetap seperti nasi apabila dipotong.
"Biggest (terbesar) scam time (waktu) raya adalah rebus nasi impit 5:30:7. Luar cantik, bila potong jadi nasi," kongsinya.
MENARIK DIBACA: Lebihan nasi impit boleh buat lontong goreng, tetamu mesti teruja tiada di rumah orang lain
MENARIK DIBACA: Semua sedap, takkan nak tengok je! Ini 7 tip pemakanan masa raya sambil 'jaga perut'
Dalam perkongsian seterusnya, lelaki berkenaan turut mencadangkan penggunaan pressure cooker tanpa mengikut sebarang petua atau formula.
"Weh, tak sangka blow up, ramai terkena. Pakai ni (pressure cooker) tak perlu formula dah," kongsinya.

Perkongsian Muhd Zaki itu turut mengundang pelbagai komen daripada netizen.
Selain pengalaman, mereka juga berkongsi teknik sebenar merebus nasi impit menggunakan cara berbeza.
"Paket besar 90 minit, yang kecil 60 minit. Tanak sekali dengan air suhu bilik.
"Kalau nak guna cara 5:30:7, air kena mendidih baru masuk beras. Kemudian set semula 5 minit dan rehatkan 30 minit, Hidupkan semua api dan tunggu air mendidih selama 7 minit.
"Tip baharu, 10:30:10 dan masuk nasi impit waktu air mendidih," komen netizen.
