KUALI | Pastri
Cuma guna 4 bahan, rupanya mudah buat peniaram... Tetamu datang, hidang panas-panas
BAGI penggemar kuih peniaram, keenakan kuih tradisional ini tak perlu diperjelaskan lagi.
Diperbuat daripada empat bahan mudah, kuih ini bukan sahaja dihidangkan sebagai juadah minum petang, tetapi juga sesuai untuk tetamu ketika hari raya.
Walaupun tak ramai yang menghasilkan sendiri kuih ini, namun harus diakui langkah dan cara membuatnya sangat mudah, boleh dilakukan sendiri di rumah.

Bahan-bahan
- 250g tepung beras
- 200g serbuk gula merah
- 170ml cawan air
- 1 helai daun pandan
MENARIK DIBACA: “Balik dengan nasi kosong”… Warga asing dijerkah AJK surau gara-gara mahu tapau moreh
MENARIK DIBACA: Putih licin, kulit tak terkopek... Ini 6 petua mudah kupas telur
Langkah penyediaan
- Masukkan gula merah, air dan daun pandan ke dalam peruk, lalu larutkan gula dengan api perlahan.
- Bila dah mula mendidih, kuatkan sedikit api dan kacau selama 15 hingga 20 saat, kemudian tutup api.
- Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk, kemudian tapis air gula merah yang dilarutkan tadi sedikit demi sedikit.
- Kacau sehingga adunan menjadi pes pekat. Boleh tambah air panas kalau adunan terlalu keras.
- Biarkan seketika sehingga adunan menjadi suam, lalu uli dengan tangan.
- Tutup dan biarkan adunan selama lebih kurang enam jam dalam suhu bilik.
- Selepas enam jam, uli doh sehingga menjadi lembut. Jika merekah atau keras, boleh tambahkan sedikit air panas.
- Canai doh lalu tekap dengan acuan berbentuk bulat dengan anggaran saiz tiga inci atau tiga jari.
- Buat lubang di bahagian tengah dengan chopstick.
- Panaskan minyak, dan goreng kuih peneram sehingga keperangan dan garing.
- Peneram perlu diangkat dengan cepat selepas garing.
- Sedia untuk dihidangkan.
