Baru tahu cekodok dodol sedap sangat... Rangup di luar, kenyal lembut bahagian dalam
DAH hampir seminggu kita meraikan Syawal, tapi di kebanyakan rumah, makanan raya pasti masih ada.
Ada yang masih elok dan sedap, perlu dipanaskan berulang kali dan ada juga yang berakhir di tong sampah kerana sudah tidak selamat untuk dimakan.
Kalau anda ada lebihan dodol dan bosan nak makan begitu saja, apa kata cuba buat cekodok dodol.
Bunyinya memang pelik, tapi hasilnya memang memuaskan! Rangup di luar, kenyal lembut di dalam, dan rasa manis dodol tetap menonjol.
Sesuai sangat untuk dijamu kepada tetamu yang datang beraya.

Bahan-bahan
- Dodol keras (disejukkan semalaman)
- Tepung gandum
- Sedikit air untuk bancuhan doh
MENARIK DIBACA:Tepung pelita cara Che Sayang sangat mudah dibuat, boleh guna bekas plastik ganti daun pisang
MENARIK DIBACA:Dodol moden Upin Ipin raih perhatian, manisan unik 'pink' buah naga
Cara penyediaan
- Potong dodol keras kepada dadu kecil atau saiz yang mudah digoreng.
- Campurkan tepung gandum dengan sedikit air hingga menjadi doh yang tidak terlalu cair.
- Gaulkan potongan dodol tadi dalam tepung hingga sekata.
- Panaskan minyak, goreng cekodok sehingga keemasan dan rangup. Angkat dan toskan.
