7 menu kegemaran murid di jamuan sekolah... 'Confirm' laku keras, mak ayah tak payah risau membazir
SETIAP kali jamuan raya di sekolah anak, ibu bapa pasti pening kepala memikirkan makanan apa yang nak dibawa.
Lagi-lagi dalam keadaan ekonomi sekarang, kos perbelanjaan perlu diambil kira supaya tak terlebih bajet.
Ada ibu yang gigih memasak atau tempah makanan mahal-mahal, tapi sayangnya langsung tak disentuh oleh murid dan akhirnya membazir.
MENARIK DIBACA: Ibu bapa ‘meroyan’ sekolah anak buat jamuan raya! Malas nak masak, enggan keluar duit
MENARIK DIBACA: Tak tahu nak bawa apa untuk ‘potluck’ pejabat? Ini 5 menu ‘confirm’ licin!
Menurut perkongsian seorang individu yang sering menguruskan jamuan sekolah rendah, bukan semua makanan sesuai dibawa untuk jamuan raya.
"Setelah 10 tahun jadi pengurus jamuan sekolah rendah, menu di bawah ni tak payah ulang-ulang suruh budak habiskan," tulisnya.
Berikut menu yang disenaraikannya dan pasti dimakan semua murid.

1. Mi segera goreng
Goreng kosong sahaja tanpa perlu letak sebarang sayur sayuran.
2. Ayam popcorn
Jangan campur sos cili, mayonis atau keju terus. Anak-anak lebih suka ambil ayam goreng ringkas.

3. Kepak ayam atau drummet
Bahagian ayam paling laku keras, mereka pilih sendiri dan biasanya akan elak bahagian isi yang susah dimakan.

4. Spageti kuah putih
Kuah putih seperti carbonara atau mac 'n' cheese lebih cepat habis berbanding kuah merah (bolognese).

5. Makaroni goreng
Kalau tiada mi segera, makaroni akan jadi pilihan kanak-kanak.

6. Buah-buahan segar
Tembikai dan oren paling cepat habis, lagi-lagi jika persembahannya menarik, contohnya 'fruit skewer'.

7. Aiskrim Malaysia
Antara pencuci mulut paling ditunggu-tunggu. Selalu habis dulu sebelum makanan lain.
Tambahnya lagi, kek pula kurang diminati.
"Sejujurnya kek berasaskan pisang dengan kek jenis swiss roll tu jenuh kena paksa suruh ambil," katanya.