KUALI | Trending

Wanita beri hujah kenapa perlu beli kek homebaker berbanding bakeri... Mahal tapi puas hati

Lead Image

TATKALA musim rumah terbuka semakin meriah, ramai mengambil peluang menempah kek dan pencuci mulut untuk dihidangkan kepada tetamu.

Bagaimanapun, seorang individu meluahkan rasa kecewa selepas kek yang dibeli dari sebuah bakeri diterima dalam keadaan kurang memuaskan.

Bukan itu sahaja, dia turut menyarankan orang ramai untuk menempah kek daripada peniaga yang membuat jualan dari rumah atau 'homebaker'.

“Bagi yang nak tempah 'dessert' untuk 'open house', sila 'order' dengan 'homebaker'.

Madiha berkongsi kelebihan mereka yang berniaga dari rumah.

“Saya menyesal beli dengan bakeri. Entah berapa lama dia simpan sampai 'cream cheese' tu keras betul dan tak rasa 'cream cheese' sangat,” tulisnya di laman Threads.

Luahan itu menarik perhatian ramai, termasuk seorang 'homebaker' yang berkongsi kelebihan mereka yang berniaga dari rumah sebagai punca rezeki.

Jelasnya, 'homebaker' menitikberatkan aspek kebersihan, kualiti bahan serta kesegaran produk memandangkan mereka hanya menyediakan kek berdasarkan tempahan.

“Homebaker tak akan buat stok simpan. Kami akan ‘bake’ bila ada permintaan atau tempahan. Itulah istimewanya homebake cakes/dessert.

MENARIK DIBACA: Perancis bukan lagi paling hebat, Korea Selatan juara pertandingan bakeri dunia

MENARIK DIBACA: Cara buat donat lembut, gebu macam kapas... Tak perlu uli doh, tak guna telur

“Sebab itu kualiti, harga, 'presentation' dan proses kami tak sama dengan 'bakery' di luar sana. 'Bakery' boleh jual harga jauh lebih murah, tapi kualiti sama tak?” katanya.

Tambahnya lagi, risiko yang ditanggung 'homebaker' juga lebih tinggi kerana setiap tempahan bergantung kepada kepercayaan pelanggan.

Jika kek yang dihasilkan tidak memenuhi kepuasan pelanggan atau kualiti diabaikan, periuk nasi mereka mungkin akan terjejas.

“Kalau ada silap terus akan viral dan akan hilang punca pendapatan kami. Berbeza dengan bakery, kalau ada kesilapan, mahal atau tak sedap, tak ramai orang akan lapor atau suarakan. Paling-paling pun orang akan buang,” ujarnya.

Komen netizen di laman Threads.

Dalam pada itu, wanita tersebut turut merayu sokongan orang ramai terhadap golongan 'homebaker' yang kebanyakannya terdiri daripada suri rumah yang berusaha membantu ekonomi keluarga melalui perniagaan kecil dari kediaman masing-masing.

Di ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan berkenaan malah turut berkongsi pengalaman masing-masing yang pernah melihat sendiri perbezaan proses penyediaan antara homebaker dan bakeri komersial.

“True. Order masuk malam, pukul 3-4 pagi dah mula buat. Biasanya semua bermula dengan oven komersial biasa yang kena tunggu lama untuk siap.

“Betul. Saya pernah kerja dengan majikan yang buat desserts. Dia ada kedai bakeri, tapi di rumah buat banyak-banyak kemudian simpan dalam freezer sampai tiga bulan," antara komen  netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Wanita tukar susu badan jadi serbuk, sangat memudahkan urusan - "Keputusan terbaik pernah saya buat"

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

7 menu kegemaran murid di jamuan sekolah... 'Confirm' laku keras, mak ayah tak payah risau membazir

Terhangat