KUALI | Resipi Moden
Ikan panggang salsa mangga menu lengkap nutrisi, doktor pun saran untuk si manja 2 hingga 4 tahun
MEMANG buntu dibuatnya bila anak makin susah makan, tambah pula nak cari idea resipi hidangan lengkap dapat pikat selera si manja.
Memastikan anak mendapat makanan seimbang dan berkhasiat adalah keutamaan setiap ibu bapa lebih lagi buat si comel berusia 2 hingga 4 tahun sedang dalam fasa pertumbuhan pesat.
Faham dengan situasi itu, pakar kanak-kanak, Dr. Suraya Salleh menerusi ruangan TikTok berkongsi resipi lengkap kaya nutrisi, mudah disediakan dan paling penting anak-anak pun suka.
Jom tengok cara penyediaan resipi Ikan Panggang dengan Salsa Mangga ringkas sekali gus menjadikan waktu makan lebih seronok malah kurang drama.
Bahan-bahan
Isi ikan
- Mangga potong dadu
- Bawang potong dadu
- Tomato potong dadu
- Sedikit hirisan daun ketumbar atau daun sayur hijau
- Sedikit serbuk lada hitam
Langkah penyediaan
Untuk Isi Ikan
- Mulakan dengan menabur sedikit serbuk lada hitam pada isi ikan, kemudian masuk ke pemanggang udara dengan suhu 180 darjah selama 15 -20 minit.
Untuk Salsa Mangga
- Gaulkan mangga, bawang dan tomato dan hirisan daun ketumbar.
- Kemudian letak atas isi ikan sudah dipanggang tadi. Boleh juga padankan dengan sup sayur.