Selepas Korean pancake, ramai cari resipi bibimbap pula... Cara buatnya kena sabar baru sedap
SELEPAS Korean pancake viral dek penangan drama Bon Apetite Your Majesty, kini giliran Bibimbap pula mencuri perhatian ramai.
Mana tidaknya, hidangan ini cukup ikonik dengan persembahan warna meriah serta cara penyediaannya yang sangat ringkas.
Bibimbap, yang bermaksud 'nasi campur', sebenarnya berasal dari sajian tradisional Korea yang dihidangkan ketika perayaan atau majlis keluarga.

Kini, ia semakin popular di seluruh dunia kerana gabungan rasa yang seimbang dan lengkap dengan segala nutrien penting untuk badan.
Tidak hairanlah, selepas tularnya pancake daun bawang, ramai yang mula mencari resipi Bibimbap untuk dicuba di rumah.
Jom Kuali kongsikan resipi mudah ini!
Bahan-bahan
Bahan utama
- 1 cawan nasi
- 3 cawan sayur campur (lobak merah, timun, bayam dan cendawan– hiris halus)
- 1 cawan tauge
- 2 biji telur
Untuk daging
- ¼ cawan daging lembu (dipotong nipis)
- 1 sudu besar kicap masin
- 1 sudu besar minyak bijan
- 1 sudu besar gula
- ¼ sudu teh bawang putih cincang
Untuk sos
- 1 sudu serbuk cili atau 2–3 sudu besar gochujang
- 4 sudu kicap masin
- 1 sudi minyak bijan
- 1 sudu bawang putih (cincang halus)
- 1/2 sudu gula
MENARIK DIBACA: Kudapan rangup buat ramai terliur, ini resipi pancake telur ala drama ‘Bon Appetit, Your Majesty’
MENARIK DIBACA: Sedap betul ayam lemon, campuran sos plum buat anak-anak berebut makan!
Cara penyediaan
- Campurkan daging kisar, kicap masin, minyak bijan, gula, dan bawang putih cincang dalam mangkuk. Biarkan perap selama 30 minit.
- Campurkan daging kisar, kicap masin, minyak bijan, gula, dan bawang putih cincang dalam mangkuk. Biarkan perap selama kira-kira 30 minit.
- Guna kuali yang sama, masukkan sayur satu persatu dan tumis secara berasingan 1–2 minit hingga sedikit layu dan keperangan.
- Tambah bawang putih cincang setiap kali memasak sayur. Jika perlu, tambah sedikit minyak.
- Susun sayur yang sudah dimasak dalam kelompok kecil di atas pinggan dan tutup perlahan-lahan supaya kekal hangat.
- Panaskan semula kuali dengan sedikit minyak.
- Kemudian, pecahkan telur satu persatu, tutup sekejap dengan penutup selama 1 minit supaya bahagian putih masak. Buka penutup dan biarkan kuning telur separa cair.
- Ambil semangkuk nasi, susun sayur di atasnya secara berasingan. Letakkan daging, dan akhir sekali telur di bahagian tengah.
- Hidangkan bersama 1–2 sudu besar sos Gochujang. Gaul semua bahan sebelum makan.