KUALI | Resipi Moden

Kudapan rangup buat ramai terliur, ini resipi pancake telur ala drama ‘Bon Appetit, Your Majesty’

Lead Image

KETIKA ini K-drama iaitu Bon Appetit, Your Majesty sedang trending dan diminati ramai termasuk di Malaysia.

Jika anda memang layan drama ini, pasti tahu menontonnya pasti membuatkan air liur meleleh apabila melihat pelbagai sajian dihidangkan yang menggoda selera.

Salah satu menu yang menjadi tumpuan ramai sehinggakan ada mencubanya sendiri adalah pajeon atau dikenali Korean scallion pancake.

Sangat menggiurkan sehingga ramai tertarik mahu mencuba sendiri di rumah.

Hidangannya rangup di luar, penuh rasa daun bawang segar maka wajarlah pajeon memang pilihan sempurna untuk kudapan santai ala raja dan ratu dalam drama. 

Jom kita cuba resipi mudah ini dan rasai sendiri kenikmatan yang ditayangkan di layar televisyen.

MENARIK DIBACA:'Struggle' turunkan berat badan, buat IF pun tak jalan... Wanita mula nampak perubahan seminggu selepas amal makan telur rebus

MENARIK DIBACA: Jangan panik! Madu dan minyak kelapa berkesan rawat tangan melecur terkena minyak panas

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum 
  • 1 cawan air sejuk
  • 1 biji telur
  • 1 ikat daun bawang (potong 5 cm)
  • Sedikit garam
  • Minyak 
  • Udang kecil atau sotong, hiris nipis

Cara penyediaan

  1. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung, air, telur dan garam. 
  2. Kacau hingga sebati supaya tidak berketul.
  3. Masukkan daun bawang yang telah dipotong dan bahan tambahan jika guna seafood. Gaul rata.
  4. Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana.
  5. Tuang adunan ke dalam kuali dan ratakan. 
  6. Goreng sehingga bahagian bawah kekuningan dan rangup, kemudian balikkan dan goreng sebelah lagi hingga masak sempurna.
  7. Angkat dan toskan minyak. 
  8. Hidangkan bersama sos celup (kicap, cuka, bawang putih cincang, sedikit gula dan chili flakes).
bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Resipi Moden

Selepas Korean pancake, ramai cari resipi bibimbap pula... Cara buatnya kena sabar baru sedap

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Resipi Moden

Cuti sekolah ajaklah anak ke dapur, resipi nuget dan puding roti paling senang

Terhangat