Susahnya nak cari dangai! Buat sendiri guna resipi mudah, guna 3 bahan saja
KALAU ke negeri-negeri di utara, bazar Ramadan mereka memang banyak jual dangai sebab kuih ini cukup popular di sana.
Tapi bagi yang tinggal kat sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang, agak susah juga nak jumpa kuih ini.
Memang kasihan bagi mereka yang tiba-tiba teringin nak makan dangai waktu berbuka.
Tak payah pening kepala sebab kuih ni sebenarnya boleh dibuat sendiri di rumah dan paling 'best', hanya guna beberapa bahan asas iaitu tepung pulut, kelapa parut dan gula merah.
Resipi perkongsian @adlinelina7 ini antara paling mudah nak cuba, dan paling penting dapur pun tak berkecah.
Gabungan kelapa parut yang berlemak, tepung pulut yang kenyal serta inti gula merah yang manis berkaramel memang akan sempurnakan menu berbuka anda.

Bahan-bahan
- 2 cawan kelapa parut
- 1 cawan tepung pulut
- Garam secukup rasa
- Gula merah atau gula Melaka (untuk inti)
MENARIK DIBACA: Selalu makan tapi tak tahu asal usul, ini sejarah nama kuih lompat tikam
MENARIK DIBACA: Rupa bentuk sama... Ketahui beza tepung pelita, kuih tako dan limas
Cara penyediaan
- Masukkan kelapa parut, tepung pulut dan sedikit garam ke dalam bekas.
- Gaul rata sehingga semua bahan sebati.
- Masukkan adunan kelapa ke dalam acuan dan tekan sedikit supaya ia menjadi mampat.
- Buat lubang kecil di bahagian tengah, kemudian isikan dengan gula merah atau gula Melaka.
- Kukus selama kira-kira 15 minit sehingga masak.
- Tak perlu tunggu sejuk, boleh terus keluarkan dari acuan dan sedia untuk dinikmati.