KUALI | Moden

Chikuro cheese leleh jadi kegilaan! Ini cara buat sendiri... Tak payah beratur panjang, lebih jimat

Lead Image

RAKYAT Malaysia sememangnya cukup gemar mencuba makanan viral, lebih-lebih lagi yang berasaskan keju.

Sekarang ni, jika anda melayari media sosial pasti snek panjang yang rangup di luar dan berinti 'creamy' kerap muncul di FYP (for you page).

Malah, ramai personal shopper sanggup mengambil tempahan dari negara jiran, Indonesia, semata-mata untuk memenuhi permintaan peminatnya.

Rasanya yang rangup dipenuhi dengan limpahan keju.

Dikenali sebagai Chikuro, ia merupakan sejenis chicken roll yang bukan sahaja kelihatan menarik tetapi juga sedap dimakan panas-panas bersama sos keju yang melimpah.

Daripada membeli dan menunggu lama, apa kata anda cuba hasilkannya sendiri di rumah.

Jom Kuali tunjukkan cara-caranya.

MENARIK DIBACA: Wanita serik makan belangkas, ramai tampil kongsi pengalaman hitam serupa

MENARIK DIBACA: Wanita tukar susu badan jadi serbuk, sangat memudahkan urusan - "Keputusan terbaik pernah saya buat"

Bahan-bahan:

  • 300g isi ayam cincang
  • 2 ulas bawang putih (cincang)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji telur
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • Kulit popia
  • Breadcrumbs (tepung roti)
  • Mayonis dan sos keju/sos pedas

Kehadiran snek viral itu membuatkan ramai yang ingin mencubanya!

Cara penyediaan:

  1. Gaul isi ayam cincang dengan bawang putih, garam, lada hitam, sos tiram, telur dan tepung jagung sampai jadi adunan pekat.
  2. Bentukkan adunan ayam jadi panjang macam sosej.
  3. Balut dengan kulit spring roll/popia, kemudian celup telur dan salut dengan breadcrumbs.
  4. Goreng dalam minyak panas api sederhana sampai perang keemasan dan rangup.
  5. Belah sedikit dan isi dengan mayonis, sos keju atau sos pedas ikut suka, siap untuk dimakan.

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Moden

Tetamu gembira dijamu steambot Jepun... Tuan rumah kongsi resipi sup, sos ala Sukiya

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Moden

Nachos jadi menu potluck paling laku di ofis, buat konsep bar 'confirm' kena serbu!

Terhangat