[V] Emelda masuk dapur sedia juadah hari raya, Adlin Aman Ramlie kata orang Jawa kena ada lontong
SETIAP kali menjelang Hari Raya Aidilfitri, setiap rumah pastinya akan menghidangkan pelbagai jenis juadah enak di atas meja.
Begitu juga dengan pasangan selebriti, Adlin Aman Ramlie dan Imelda Rosmila yang akan memastikan juadah wajib seperti ketupat palas dan lontong terhidang sebagai pelengkap menu lebaran mereka.
Kata Adlin, 53, memiliki keturunan Jawa membuatkan hidangan lontong menjadi antara juadah kegemarannya setiap kali menyambut hari raya.

"Kalau isteri (Emelda) dia kena ada ketupat palas selain rendang dan ketupat.
"Tapi kalau saya, kena ada lontong sebab saya berdarah keturunan Jawa.
"Isteri dah tahu makanan kegemaran saya, jadi dia akan masak lontong ketika hari raya," kata anak kepada seniwati Ruminah Sidek itu.
MENARIK DIBACA: Tak berkira kongsi hasil tanaman, wanita terliur tengok mangga tapi jiran siap letak harga RM6 sekilo
MENARIK DIBACA: Puasa di udara lebih mencabar! Juruterbang kongsi tip sahur supaya kekal bertenaga
Sempat memuji air tangan isteri tercinta, Adlin mengakui Emelda memang memiliki bakat memasak yang diwarisi daripada ibunya.
Setia di sisi suami sambil tersenyum, Emelda, 46, memberitahu Adlin sangat menyukai lauk-lauk kampung terutamanya masakan pedas.
"Abang (panggilan Adlin) sangat sukakan lauk kampung seperti asam pedas, masak lemak cili api dan kari ikan.
"Paling dia suka sambal belacan air tangan saya. Sedap katanya,
"Saya juga suka masakan kampung, jadi kami punya selera yang sama," ujarnya.
