KUALI | Trending

Tindakan beri gelandangan tulang ayam tiada hati perut, influencer perjelas bukan hina tapi eksperimen sosial

Lead Image

TINDAKAN sekumpulan pencipta kandungan memberikan sisa tulang kepada seorang lelaki gelandangan baru-baru ini mengundang kemarahan ramai.

Mereka mencampurkan tulang ayam tersebut dalam bungkusan nasi sebelum diberikan kepada lelaki malang tersebut.

Apa membuatkan hati netizen terusik, lelaki gelandangan itu yang kelihatan terkejut saat membuka bungkusan makanan tersebut tetap mengucapkan terima kasih kepada mereka.

Netizen menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan dan menghina golongan kurang bernasib baik.

Ekoran kecaman yang memuncak, salah seorang daripada mereka yang dikenali @aluk_77 tampil memberikan penjelasan mengenai situasi sebenar.

Aksi ketiga-tiga mereka mengundang kemarahan ramai.

Menurutnya, ramai pihak salah faham mengenai video tersebut yang bukanlah bertujuan untuk merendah-rendahkan sesiapa.

“Ramai sangka kami beri tulang ayam kepada gelandangan itu. Sebenarnya, video itu sebahagian daripada rakaman kandungan dan bukanlah situasi sebenar,” katanya menerusi satu video penjelasan.

Dia turut menjelaskan bahawa lelaki gelandangan yang terlibat mengetahui tentang rakaman tersebut dan bersetuju untuk terbabit dalam penggambaran sebagai sebahagian daripada eksperimen sosial.

Tambahnya, selepas penggambaran selesai, satu set lengkap makanan berisi dua ketul ayam bersama nasi diberikan kepada lelaki berkenaan sebagai upah tanda penghargaan.

Jelasnya lagi, niat asal mereka adalah untuk menyampaikan mesej kemasyarakatan dan menimbulkan kesedaran mengenai isu gelandangan.

MENARIK DIBACA: Roti ‘expired’ jangan dibuang, penyelamat serap bau busuk peti sejuk

MENARIK DIBACA: Sotong pedas sedap ala kenduri memang sedap, rahsianya kena tumis lama baru mengancam

Namun begitu, dia mengakui terdapat kelemahan dalam penyampaian mesej yang menyebabkan timbul salah faham dalam kalangan penonton.

“Kami akui kesilapan dalam penyampaian video tersebut. Kami harap diberi peluang kedua untuk memperbaiki dan terus menyumbang kepada masyarakat,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, ruang komen di media sosial masih dibanjiri kritikan dan rasa tidak puas hati daripada orang ramai.

Ramai menganggap kandungan seumpama itu bukan sahaja tidak sensitif malah memperlihatkan betapa ceteknya idea dalam penghasilan kandungan berkualiti.

“Isunya bukan sama ada kamu beri ayam atau tidak... Isunya adalah kamu boleh terfikir untuk buat kandungan dengan beri tulang ayam kepada orang gelandangan.

“Itu menunjukkan niat kamu buruk dan peribadi kamu juga buruk.

“Gunakan orang lain untuk buat video kemudian bagi KFC kononnya untuk 'manfaat bersama', jadi tak payah lah bersungguh-sungguh cakap kononnya kamu dah buat perkara baik hari ini”, antara komen netizen.

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Dah sedia nak ‘battle’? 70,000 paket produk terbaharu Khairul Aming dijangka licin

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Kopek durian sampai hancur, mata netizen terganggu lihat pemuda sado tak berbaju

Terhangat