KUALI | Trending

Dari wagon ke 44 cawangan hanya dalam tempoh setahun! Ahmad's Fried Chicken mula tambat hati pelanggan

Lead Image

BERMULA secara kecil-kecilan dengan hanya sebuah wagon di tepi jalan, jenama makanan segera tempatan Ahmad’s Fried Chicken (Ahmad's) mencatat pencapaian membanggakan dengan pembukaan cawangan ke-44 dalam tempoh setahun.

Perjalanan luar biasa ini membuktikan gabungan kerja keras, inovasi dan komitmen terhadap kualiti mampu membawa perubahan besar dalam industri makanan segera kompetitif.

Menurut Pengasas Bersama, Lailatul Sarahjana Mohd Ismail kejayaan membuka cawangan di ke-44 di Kota Warisan, Sepang bukan datang sekelip mata.

Kongsinya, jenama itu mensasarkan 80 cawangan menjelang akhir 2025 termasuk restoran, mini restoran dan kiosk meliputi seluruh negeri termasuk Sabah serta Sarawak. 

Ahmad's memperkenalkan menu edisi terhad, Burger Sate.

“Kekuatan Ahmad's adalah keupayaannya berinovasi dalam aspek rasa menepati cita rasa tempatan.

“Jenama ini juga dikenali kerana resipi ayam goreng rangup setanding jenama antarabangsa," kongsinya.

Mengimbau kembali perjalanan Ahmad's , kongsinya jenama ini terlahir kerana minat anak terhadap ayam goreng. 

“Jadi saya suami, juga pengasas jenama ini, Taufik Khairuddin mula berniaga di Senawang menggunakan konsep wagon. 

“Perlahan-lahan kami menambah pilihan menu selain ayam goreng kepada chicken tenders turut mendapat tumpuan pelanggan," jelasnya lanjut.

MENARIK DIBACA: Malaysia perkukuh kuasa kulinari serantau, lapan sajian masuk senarai 100 terbaik dunia... Mi Bandung ditangga kelima

MENARIK DIBACA: Roti canai antara 50 sarapan terbaik di dunia, kalahkan bubur ayam dan nasi goreng Indonesia

Turut memeriahkan acara adalah selebriti tersohor tanah air, Datuk Aznil Nawawi (Pak Nil). 

Sempena meraikan pembukaan restoran baharu itu, Ahmad's turut menawarkan menu edisi terhad, Burger Satay sekali gus menambah kemeriahan sambutan Hari Malaysia. 

Sebagai penghormatan kepada warisan kulinari tempatan, Burger Satay unik menggabungkan selera tradisional dengan inovasi moden diperkenalkan kepada umum.

“Sate dipilih seiring dengan simbolik makanan ini menjadi kegemaran masyarakat tempatan tidak kira peringkat usia. 

Burger Sate disediakan menggabungkan rasa sajian tradisional dengan sentuhan moden.

“Daging inti ayam diperap dengan ramuan sate asli bertambah menggoda selera kerana aroma serai harum. 

“Tambahan kuah sate pekat dicurah atas inti ayam membawa ledakan rasa sate ayam luar biasa namun memuaskan selera,” kongsinya. 

Selain memperkenalkan 24 menu bercita rasa Malaysia, Ahmad's kini membuka peluang perkongsian perniagaan kepada usahawan yang berminat. 

Untuk maklumat lanjut, layari https://ahmads.com.my/

 

bell-light

Jadilah sebahagian daripada geng Kuali! Follow kami di Instagram, TikTok, YouTube dan Facebook

ARTIKEL SEBELUM
KUALI | Trending

Kreatif habis! Wanita hantar resume dalam bentuk kek span, siap ada QR Code

ARTIKEL BERIKUT
KUALI | Trending

Pulau Pinang Bandar Street Food Terbaik Asia, kalahkan Hanoi dan Bangkok

Terhangat